"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Sunday, May 22, 2011

Teknologi 3D Lanun

BERGANDING untuk kali kedua. Sebelum ini Johnny Depp (kiri) dan Penelope bersatu dalam filem Blow.



KHALAYAK menunggu lagi buah tangan atas francais nama Pirates of the Caribbean (POTC). Kali ini dengan format teknologi tiga dimensi (3D) yang melatari penceritaan dan penggembaraan Kapten Jack Sparrow.

Di Malaysia, filem ini mula ditayangkan pada 19 Mei lalu.

Pada Mei 2010, pihak Disney mengumumkan bahawa filem Pirates of The Caribbean: On Stranger Tides akan menjalani penggambaran dengan menggunakan kamera 3D. Namun efek istimewa filem ini masih menggunakan kaedah dua dimensi (2D) dan ditukarkan kepada 3D atas faktor bajet.

"Saya mengikuti kelas anjuran Sony, untuk kebaikan diri saya. Sedikit komplikated tetapi saya belajar memahami elemen asas dan mempelajari tentang 3D.

"Saya sebenarnya berpendapat bahawa setiap filem tidak perlu ada elemen 3D. Namun kemudian saya fikir bahawa sesetengah filem perlu meminjam elemen ini kerana berada dalam pengembaraan dan dengan 3D penonton akan berada dalam kembara tersebut.

"Kami merupakan pengasas dalam sentuhan ini. Kami merupakan produksi live-action yang membawa kamera sensitif ini ke lokasi bergerak. Secara normal, filem skala 3D ini dilakukan di pentas atau dirakam dalam kaedah 2D sebelum ditukarkan ke format 3D.

"Tetapi kami membawa perkakasan 3D ke dalam hutan, gua dan air terjun. Saya sebenarnya tidak dapat tentukan sama ada kami ini gila atau pengasas. Tetapi kami berjaya dan saya berbangga dengan fakta ini," ujar sutradara, Rob Marshall tentang projek 3D untuk filem Pirates of the Caribbean ini.

Pengarah yang didekati Johnny Depp sendiri untuk projek ini mendefinisikan filem ini sebagai sebuah pengembaraan buat dirinya terutamanya dalam hal 3D. Sewaktu diminta menggambarkan seorang Johnny Depp, jawapan Marshall mudah dan tepat. "Johnny Depp adalah yang terbaik," katanya.

Buat Rob Marshall, kaedah 3D perlu terbatas kepada jalan cerita yang menggambarkan serta bergantung kepada 'dunia yang dimasuki penonton'.

Dalam kes sekuel yang keempat ini, pengarah merasakan bahawa kaedah 3D disediakan sebagai pengangkutan buat penonton untuk masuk ke dalam dunia lanun. Malah dapat mengembara bersama Kapten Jack Sparrow dalam kembara gilanya kali ini.

Menjadikan filem ini lebih manis dan menarik, turut dimasukkan elemen baru dalam pengembaraan para lanun ini dengan kemasukan watak lakonan Penelope Cruz yang merupakan lanun wanita pertama. Dia yang membawakan watak Angelica juga dirasakan sebagai 'lawan' yang ganas buat Sparrow.

Buat aktor paling digemari dan ditunggu-tunggu ramai iaitu Johnny Depp, dia yang membawakan terus legasi karakter Kapten Jack Sparrow menganggap filem ini mudah dicerna.

"Satu hal dalam Pirates 4 ini, saya seperti berhutang dengan para penonton. Pirates 2 dan 3 selama ini cenderung berbelit. Sangat matematik. Ramai yang harus menontonnya dua atau tiga kali untuk benar-benar memahaminya. Tetapi untuk Pirates 4, lebih cenderung kepada filem yang pertama. Lebih berkarakter dan subjeknya lebih kuat. Lebih segar dan tidak terlalu matematik," komentar aktor yang digilai ramai ini.

2 comments:

Abu Zafran said...

c.z baru tngok 3d semalam...memang layan..giler

Unknown said...

(: belum tgklg , mcm bestje hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...