"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Tuesday, May 17, 2011

Guruku Oh Guruku

Sedari mengenal ABC, 123, ALIF BA TA - saya sudah hidup begelumang dengan guru.


Namun tidak banyak nama guru yang masih kuat di ingatan saya.


Saya mula bersekolah semasa berusia 6 tahun di Sekolah TADIKA KEMAS di Pekan Menumbok Sabah… Kemudian umur 7 tahun bersekolah di SRK Pekan Menumbok, Kuala Penyu, Sabah. Ketika itu saya belum berapa mengenal huruf pun tetapi tetap berusaha dengan bersungguh-sungguh. Seingat-ingat saya, saya menduduki tempat ke-4 di antara hampir 30 lebih pelajar darjah Satu di kampung luar bandar itu. Tak sangka kan.. saya yang tidak berapa ini boleh dapat no.4…


Kemudian semasa saya di darjah 5 saya berpindah sekolah ke SRK Sembirai, Kota Belud, Sabah.. Saya bersekolah di sekolah Sembirai Kota Belud ini hanya beberapa bulan sahaja.. Sebab saya ikut bapa saya pada ketika itu telah naik pangkat jadi Penolong Kanan Pentadbiran di sekolah tersebut… Dalam beberapa bulan kemudian, akhirnya saya berpindah lagi ke sekolah asal saya iaitu SRK Pekan Menumbok, Kuala Penyu, Sabah..


Antara guru-guru gigih yang saya masih ingat ialah Cikgu Tuminah, Cikgu Fadliezan (sekarang ini dah keje di PPD Kuala Penyu), Cikgu Norminah, Cikgu Masni, Cikgu Salleh Buntar, Ustaz Radzi, Cikgu Azhaari, Cikgu Norainie Abdullah, Cikgu Ajrah, Allahyarham Cikgu Ak. Ghariff, Cikgu Dewa, Cikgu Hassan Daud, Ustazah Noireh, dan cikgu-cikgu lain.. Maaf la saya tak ingat sangat guru-guru di sekolah rendah ini. Huhuhu… Bukannya lupa daratan.. tapi entah la susah nak mengingat kembali huhu.


Sesuatu yang amat mengecewakan semasa di sekolah rendah apabila saya begitu leka dengan bermain bersama rakan-rakan yang kurang berminat dalam pelajaran. Sehinggalah Ujian Penilaian Sekolah Rendah saya tidak mendapat keputusan yang agak memuaskan. Huhuhuhu…


Bila di sekolah menengah di SMK Menumbok, Kuala Penyu, Sabah di situlah detik keinsafan saya benar-benar berkembang. Saya bermula di sekolah ini dari tahun 1999 hingga 2003… Tetapi saya menyambung pelajaran lagi ke tingkatan enam di sekolah yang sama dari 2004 hingga 2005. Sekolah ini baru buka tingkatan enam.. jadi sayalah perintis pertama untuk pembukaan tingkatan enam..


Saya mengenali guru-guru yang benar-benar gigih memandaikan pelajarnya. Namun tidak banyak juga nama guru yang boleh saya ingat. Yang paling berkesan ialah guru Geografi saya iaitu Cikgu Peter Atang. Saya mula berminat dalam pelajaran Geografi sehingga mendapat B dalam PMR. Satu keputusan yang boleh dibanggakan ketika itu, bagi saya laa. Diringkaskan cerita saya mendapat keputusan yang sederhana dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.


Ketika di Tingkatan 4 dan 5, saya mula remaja dan menghadapi cabaran yang banyak untuk menghadapi SPM. Berkat bertemu dengan guru-guru yang penyayang seperti Cikgu Zamharir Hj Ahmad, Cik Peter Atang, Cikgu Rozanah, Cikgu Zahrina, Cikgu Norzanah Salim, Cikgu Badriyah Ramli, Cikgu Sanni Zainuddin, Cikgu Rahman, Cikgu Rubinah, Cikgu Ahmad, Cikgu Normala, Cikgu Masinau, Miss Lian, Ustazah Norsyafila, Ustaz Raja dan Cikgu Nancy Choong Siew Ling yang mengajar saya menjadi pelajar yang berguna.


Sedari Tingkatan 4, saya tidak terpengaruh dengan 'honey moon' sebelum SPM. Saya bersyukur kerana diajar, dibimbing dan dididik oleh guru-guru yang dedikasi seperti Cikgu Zamharir Hj Ahmad yang mengajar Bahasa Melayu, Cikgu Norzanah Salim yang mengajar Kesusasteraan Melayu, Cikgu Peter Atang yang mengajar Geografi (subjek kegemaran saya), Cikgu Nancy Choong Siew Ling dan Cikgu Ak Sapri yang mengajar Matematik. Ustaz Raja dan Ustazah Norsyafilah mengajar saya Pendidikan Islam. Cikgu Badriyah Ramli dan Cikgu Ainon Sagong mengajar saya Sains. Saya mendapat keputusan 4A, 3B, 2C dan 1D…

Kemudian saya menyambung pengajian saya di tingkatan enam di sekolah yang sama.. Saya berterima kasih sekali lagi buat cikgu-cikgu saya iaitu Cikgu Zamharir dan Cikgu Norzanah mengajar saya Bahasa Melayu kertas 1 dan kertas 2, Cikgu Nancy serta Cikgu Hamidey mengajar saya Pengajian Am kertas 1 dan kertas 2. Cikgu Peter Atang dan Cikgu Rohana Capla mengajar saya Geografi kertas 1 (Geografi Fizikal) dan kertas 2 (Geografi Kemanusiaan), Cikgu Sunah Braim, Sufian Riba serta Sanni Zainuddin mengajar saya kertas Pengajian Perniagaan kertas 1 dan kertas 2.. Serta Cikgu Norazila Teo mengajar paper MUET…. STPM pula saya mendapat 1A, 1B+, 2C+.


Merekalah yang telah mendidik saya menjadi insan yang berguna dan mendapat pekerjaan yang baik hari ini. Nampaknya hari ini saya boleh dikatakan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.. Sekarang ini saya telah menjadi guru dan mengajar di sekolah lama saya iaitu SMK Menumbok, dan bersama-sama mengharungi cabaran dan memikul tugas yang besar untuk mendidik anak-anak bangsa di kampung saya iaitu Menumbok…


Guru oh Guru...hanya Allah yang dapat membalas jasa-jasa baik kalian. Semoga mendapat berkat dan rahmat dari Illahi kerana mendidik kami anak-anak muridmu yang tidak pernah melupai kalian. Semoga kalian hidup dengan tenang dan aman damai walau di mana kalian berada.


Awangku Johan Pengiran Abul

MENUMBOK - SABAH

8 comments:

Unknown said...

nice story...

.::Nuruljannah::. said...

salam ziarah =)
selamat hari guru.. =)

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said...

Apekah nie yang TERABEKKK untuk cintabungablogspot?? Tolong bg pendapat & kate² semangat pleaseeeee :(

Aidanatasya said...

jasa guru.. tiada tandingan...

org sabah... sama ngan saya ;)

Shasha Mohamed said...

Selamat hari guru. Jasamu tetap ku kenang. Semoga diberkati segala usaha murni mu selama ini. Amin.

Unknown said...

selamat hari guru jua utk cikgu..
nanti singgah ambil kad ucapan hari guru ya,..

Ticer Syah said...

selamat hari guru ckgu awang.. macih sudi singgah kat blog kami.. smoga kita terus menjadi pendidik yang dirahmati Allah :) (skema lak ayat teman..ekkekek)

Risma Wani Ridwan said...

cikgu.....insan kedua yg paling bermakna... selepas ibu dan ayah...:) setiap pengorbanan....bernilai..good luck saudara...semoga berjaya mendidik bakal jenerasi pelapis..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...