"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Tuesday, May 10, 2011

Harga Gula Naik 20 sen

PUTRAJAYA – Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram mulai esok.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata, langkah untuk merasionalisasikan harga runcit gula itu dibuat selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Ekonomi hari ini.

"Kerajaan telah membuat keputusan untuk merasionalisasikan subsidi dan dalam hal ini, Majlis Ekonomi Negara menetapkan subsidi tanggungan kerajaan untuk gula perlu diturunkan lagi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, walaupun berlaku kenaikan, harga runcit gula di Malaysia masih rendah berbanding negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Sebagai contoh, katanya harga runcit gula di Indonesia ialah RM3.80 sekilogram, Singapura (RM3.61), Thailand (RM2.31) dan Filipina (RM4.50).

Mohd Zain berkata, sebelum merasionalisasikan harga runcit gula itu dibuat, kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM400 juta setahun.

Dengan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen, kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM283.4 juta setahun dan penjimatan sebanyak RM116.6 juta setahun boleh diguna untuk pembangunan lain, katanya. – Bernama

6 comments:

Mak Jemah said...

nilah kerajaan pilihan kita...1malaysia lah kunun!

aizamia3 said...

fuh. nasib baik aku hanya guna time hujung minggu je jadi takdelah terasa sangat..

psstt: hujung minggu je..? yelah.. aku keje, dari pergi keje gelap balik keje gelap.. bila masa aku nak buat air guna gula... hikhikhik...

mrs kayrul said...

agak2 bila la nak naik gaji nie...harga makanan makin naik..confirm lepas nie beli teh ais - RM 2.00...

Awangku Johan said...

@@Eza Ridzwan
hurmm no komen

Awangku Johan said...

@@aizamia3
aik betul ke.. wah best la demo x makan gula hehe

Awangku Johan said...

@@ shah-kayrul
huhu x tau la bila

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...