"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Saturday, May 21, 2011

Lampu Moden

Candeliar kasut, juraian LED antara koleksi kontemporari hiasi segenap ruang


MENJENGUK ke ruang pameran Tropical Home & Lighting Sdn Bhd (Tropical) bagai tersesat ke alam fantasi yang bermandikan gemerlapan cahaya indah. Yang membezakannya dengan dunia hakiki ialah bangunan dua tingkat terletak di Puchong itu menawarkan pelbagai jenis dan rekaan lampu sesuai dipasang di siling, dinding selanjutnya menerangi meja, lantai serta penjuru ruang.

Malah, sejajar statusnya sebagai gedung sehenti, pilihan lampunya begitu meluas membabitkan kegunaan luar serta dalam rumah. Sementara, peka dengan sambutan memberangsangkan terhadap pasaran lampu menjimat tenaga, Tropical kini memusatkan fokus kepada pengeluaran lampu jenis LED (Light Emitting Diode) dan gentian optik.

Jurucakapnya, Alan Ong, populariti dua jenis lampu itu kini mengatasi halogen dan pendafflour yang dulunya menjadi pilihan ramai.

“Hakikatnya, aliran gaya lampu berubah secara drastik iaitu dua hingga ke tiga bulan sekali. Inspirasi lampu import memungkinkan pasaran tempatan dibanjiri rekaan luar biasa misalnya, lampu gantung bertemakan kasut wanita, ikan, bola, kupu-kupu selain lampu LED berukuran tujuh kaki dan lampu lekap ilham bunga kembang pagi,” katanya.


Katanya lagi, hampir keseluruhan produk dijualnya menampilkan gaya moden, ringkas namun sarat ciri anggun. Kebanyakannya mengemukakan harga berbaloi, berkualiti selain diimport dari luar negara seperti Itali, Jerman, Sepanyol, Amerika Syarikat, Hong Kong, China dan sebagainya.


“ Bagi kebanyakan kediaman serta pejabat, pencahayaan hanya dinilai dari segi fungsinya, jarang sekali difahami menerusi kualiti artistiknya. Sebaliknya, di Tropical, pengalaman serta cita rasa estetika digabungkan bagi menghidupkan ragam suasana dikehendaki. Ia diutarakan menerusi warna, tekstur, bentuk dan bayang-bayang yang terbentuk daripada cahaya dipancarkan,” katanya.


Alan berkata, setiap lampu diilhamkan mempunyai pengikutnya sendiri kerana pelanggannya terdiri daripada pelbagai latar belakang budaya, peribadi dan karier.


“ Bagi golongan wanita berkerjaya, lampu gantung menampilkan kasut tumit tinggi itu mudah menangkap perhatian mereka namun ia belum tentu digemari masyarakat Cina yang menyamakannya sebagai nasib tidak baik. Apapun, semuanya terpulang kepada selera serta persepsi masing-masing, ”katanya.


Selain rangkaian lampu sedia ada, pelanggan yang mempunyai cita rasa sendiri boleh mengusulkan sebarang pengubahsuaian sekali gus menempah khas lampu dihajati itu. Bagi menjamin penghasilan memuaskan selain mendapat bayangan tempat peletakan lampu, khidmat juru runding profesional disediakan.


Pelanggan hanya dikenakan kos pemasangan yang ditentukan merujuk ketinggian siling di samping tahap kesukaran memasang lampu berkenaan.


Mereka yang menggemari lampu unik diadun dengan sentuhan kontemporari, boleh berkunjung sendiri ke ruang pameran Tropical bertempat di Pusat Perdagangan One Puchong atau layari laman web, www.tropicalhome.com.my.



2 comments:

Farah Shamsudin said...

wowowow.. colour merah tuu saya sukaa.. dah cantikkk dah tuu..memang moden laa nii..

shichi_iza said...

mmg CUn 4 ladies.... ni klau xada heel ble je pkai 2..... heheheehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...