"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Tuesday, May 10, 2011

Batu Bergerak di Death Valley

BATU bergerak di Death Valley, California, Amerika Syarikat dianggap satu fenomena yang unik. Batu ini dikatakan bergerak sendiri tanpa manusia mahupun kuasa ghaib.Bagi masyarakat tempatan di Cali­fornia, mereka percaya batu bergerak ini mempunyai unsur misteri yang mengait­kan pengaruh kuasa ghaib seperti jin.


Ini diakui sendiri oleh ahli paranormal dan penduduk setempat yang masih mempercayai amalan tahyul. Ia berda­sarkan kepada kemampuan batu itu bergerak kerana beratnya ada yang melebihi 100 kg dan kuasa yang me­nolaknya.


Namun, dakwaan itu disangkal oleh be­berapa orang profesor yang berpen­dapat pergerakan batu itu disebab­kan oleh perubahan cuaca di kawasan lembah itu. Profesor John Reid dari sebuah kolej menje­laskan pergerakan batu itu adalah di­penga­ruhi oleh faktor angin dan permu­kaan lembah yang rata mendatar.


“Angin antara punca utama perge­rakan batu hasil dari pembentukan ais di per­mukaan pasir pada waktu malam. Ia tidak ada kena mengena dengan faktor kuasa jin atau manusia,” ujarnya.


Sebelum ini, para saintis bingung un­tuk me­ngenal pasti punca pergerakan batu yang dianggap misteri. Walaupun ramai yang mempunyai pendapat sama, namun tidak ramai dapat membuk­tikannya. Menurut Reid, batu-batu itu ber­gerak dengan angin dan kelicinan permukaan ais yang terjadi di lembah itu. Ia mem­bentuk garis lurus sejauh 90 meter.


Death Valley katanya merupakan ka­wasan terendah di Amerika Syarikat berada di bawah 84 meter dari paras laut. Daerah ini men­catatkan kawasan ­panas dengan suhu 58 darjah Celsius. Batu-batu ini bergerak perlahan, tanpa dibantu unsur lain melintasi pasir dengan catatan 318 meter setahun meninggalkan kesan garis di permukaan pasir.


Mike Byrne, 40, seorang jurufoto land­skap mengakui pergerakan batu ini hasil tiupan angin yang menggerakkan batu-batu itu di atas permukaan pasir halus yang licin. Dia merujuk kepada lembah Race­track Playa yang mempunyai kaitan de­ngan perubahan cuaca. Walaupun ia sukar dijelaskan secara praktikal, teorinya ia seperti sebuah kapal layar yang ditiup angin di atas permukaan air.



Byrne banyak merakamkan foto-foto kejadian alam mengakui punca angin adalah unsur utama pergerakan batu. Lembah ini jarang dilalui manusia kerana ia dianggap lembah gersang yang kering dan kontang. “Lembah maut ini jarang dilalui manu­sia kerana ia terlalu luas dan tidak ada punca air. Kawasan ini juga kerap dilanda ribut pasir yang dahsyat,” ujarnya lagi.


Batu-batu itu katanya mengge­longsor seperti kapal layar sedikit demi sedikit. Kesan pergerakan batu yang berat itu meninggalkan garis sepanjang per­gerakan batu itu.


“Kita tidak boleh membuat andaian bahawa batu itu bergerak dikaitkan dengan sumber misteri. Kemajuan sains banyak membantu mengenal pasti rahsia di sebalik rahsia,” jelasnya lagi.


3 comments:

Fahmi Jaafar said...

angin je tuhh.. haha :P

einz said...

wah...ilmu~thanks berkongsi~

Kak Long said...

batu bergerak?? pelik nii.. first time sy dengar..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...