"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Wednesday, May 4, 2011

Nasihat Berguna

Ini adalah dari email yang diterima daripada salah seorang rakan Awang.. Sama-samalah kita renungi… Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk di baca !!.. Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya !!

Pertama :-

Bersedekah kepada orang lain jika terdapat lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

Kedua :-

Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting apabila usia semakin tua.

Ketiga :-

Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.

Keempat :-

Apabila kamu berkata, “Aku Cinta Padamu”, maka tunaikanlah..

Kelima :-

Pabila mengatakan, “Maaf”, tenunglah matanya..

Keenam :-

Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan..

Ketujuh :-

Percayailah cinta pandang pertama.

Kelapan :-

Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

Kesembilan :-

Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

Kesepuluh :-

Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

Kesebelas :-

Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

Keduabelas :-

Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

Ketigabelas :-

Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya, “Kenapa anda ingin tahu?”

Keempatbelas :-

Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan

Pengorbanan dan risiko yang besar.

Kelimabelas :-

Ucaplah “Semoga anda di berkati” apabila mendengar seseorang bersin.

Keenambelas :-

Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

Ketujuhbelas :-

Berpeganglah kepada tiga R :

1. Rasa hormat pada diri sendiri;

2. Rasa hormat kepada orang lain;

3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda.

Kelapanbelas :-

Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

Kesembilanbelas :-

Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlenguh untuk perbetulkan kesalahan itu.

Keduapuluh :-

Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengari.

Keduapuluhsatu :-

Ada ketikanya anda perlu bersendiri.

Salam Mesra

5 comments:

iidyll iceness said...

assalammu'alaikum
bro..mnt izin share entry ini boleh??:)

btw..sy rs syahdu dgr background music.boleh tahu tjuk lgu x?:)

Awangku Johan said...

@@Nana iidyLL
waalaikumsalam...
d persilakan share izin ni.. Awang tak kisah.. yg penting dpt mmberi manfaat buat kita dan orng2 lain.. d persilakan yerr..

ohhh nama judul lagu ni adalah DOAKU..

iidyll iceness said...

TQ bro.. hihihi..
1st time kot sy komen.
sll jd silent reader jer.
tp seriously sy suke background music..
sll sy off kn speaker.xpnh dgr pn..
tetibe tdengar ms entry sal astro 2..huhuhu...
nk tny rs segan..tp hati 2 dh nk tau sgt kn..tny jer ar...:D
TQ ek..

Awangku Johan said...

@@Nana iidyLL
sama-sama...
thniah la 1st time komen kan hihi..
awat jadi silent readers.. ?? jadi la huha huha readers.. hehe..gurau jer..
apa2pun harap terhibur dgn music background saya.. sy mmg minat music ni

iidyll iceness said...

errrr....
jd huha huha??hbs ar blog bro nie kang...:P
bhya ooo..hihihi

best gak sbnrnyer jd silent reader nie..org xknl..kikiki...
tp pasni jd silent reader blk ar..
huhuhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...