"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Monday, May 16, 2011

Kegembiraan Menyambut Hari Guru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Hari ini nampaknya saya berada dalam mood gembira.. Hehehe.. iyalah mood hari guru kan.. Hari tuk meraikan diri sendiri hehe…. Rata-rata semua guru-guru di sekolah semuanya bergembira dengan sambutan hari guru ini..


Ini adalah sambutan Hari Guru Pertama saya setelah bergelar Guru ini.. Hehe..

Kat sekolah biarpun sambutan hanya di sambut oleh kelab-kelab guru tapi semuanya happening sakan.. Sambutan peringkat sekolah belum lagi diadakan.. Tunggu pelajar-pelajar buat sambutan khas tuk guru je laa.. hehe..

Justeru, pagi ini hanyalah sambutan hari guru bagi kelab-kelab guru sahaja.. Meriah la juga.. Semua guru membawa makanan masing-masing.. Setiap group dalam bilik guru bawa makanan yang ditugaskan khas tuk guru-guru tersebut.. Kumpulan saya hanya membawa ulam-ulaman dan sayur-sayuran… Ringkas je.. hehe.. Ada kumpulan yang dikehendaki membuat sup daging, masakan pelbagai ikan, kari ayam, koktel, Cheese kek dan lain-lain lagi laa.. Memang banyak betul makanan tadi di bilik guru..

Hanya gambar ini saja yang ada.. Dari Fon saya.. Gambar lain belum sedut dari DSLR rakan guru


Majlis ini bermula selepas waktu sekolah iaitu jam 1.35 petang.. Aktiviti yang dinantikan ialah Aktiviti tukar-tukar hadiah antara guru.. Hehee.. Semua guru-guru menantikan adiah masing-masing dengan bertukar dengan rakan-rakan guru yang lain.. Wahhh best la jugak.. Biarpun tak dapat hadiah dari anak murid.. guru baru kan.. tapi bukan itu yang saya nak.. Saya nak ilmu yang saya sampaikan kat anak-anak murid memberi manfaat buat mereka.. Amin..

Apa-apapun majlis ini memeriahkan semua rakan-rakan guru di SMK Menumbok.. Hidup SMK Menumbok… hehe

7 comments:

Unknown said...

ok le tuh.sedapnya.makan banyak benda.selamat hari guru taw awang!semoga jadi seorang guru yang brdedikasi dan bertanggungjawab!

ayie said...

ala sedih baca ayat tak dapat hadiah..

apa pon selamat hari guru..:)

azwa amani said...

selamat hari guru ak...

Anonymous said...

hehe...nak gelak lak bila ader hehe....hii...

pape pon selamat hari guru...!!

whitecappuccino said...

Selamat Hari Guru!!

qasehraihan said...

selamat hari guru awang..
sama la kita ye..hehe

cik Eyqa said...

hepy teachez day..=))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...