BRITNEY CAMPBELL disuntik dengan botox
SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) – Pihak berkuasa San Francisco sedang menyiasat seorang ibu yang mengakui memberikan suntikan botox antikedutan kepada seorang anak perempuannya yang berusia lapan tahun yang menyertai pertandingan kecantikan, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang ahli kecantikan sambilan, Kerry Campbell mendapat kecaman ramai setelah dia menyuntik wajah anaknya, Britney dengan botox bagi menghilangkan kedutan yang muncul di wajah gadis itu ketika dia tersenyum.
Kerry mendakwa dia hanya memberikan rawatan itu ketika anaknya menyertai pertandingan kecantikan.
Wanita itu menegaskan bahawa anaknya itu meminta dia disuntik dengan botox.
Bagaimanapun, seorang pakar psikiatri, Dr. Charles Sophy berkata, ibu kanak-kanak berkenaan menghadapi risiko serius kerana merosakkan kehidupan anaknya berdasarkan aspek fizikal dan psikologi.
Suntikan botox amat menyakitkan dan tidak disyorkan untuk dilakukan ke atas perempuan di bawah umur 18 tahun. – Agensi
P/s : Kesiannya kat budak ini.. Huhuhu
11 comments:
kesian budak tu ...huhu
alamak..terasa sakitnya
kesian..
baru umo 8 thn dah berbotox bagai..
hebakkk !!
rosakkk bdk ni.. hurmmm
ya Allah,kesiannye budak tuh :(
mak dia ni betul ke x?????? ank baru je 8tahun dh suntik botox...
kenapa ada mak mcm tu..??
addoi....kecik2 dah botox.......
ish3x pe punya mak la....
adeiiiii..ada jg lagu ni ek??hohoho
hai awang..
pesal la x suntik kat DD je..banyak kedut dah kat tepi mata ni...hehehe
Post a Comment