"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Sunday, May 15, 2011

Kalaulah Saya Seorang Guru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat rakan2 bloggers sekalian…

Di sini saya ada terbaca satu blog ini sedang promosikan segmennya di dalam group “Kami Cikgu Bloggers”… Hehehe.. apa lagi saya amik peluang tuk join laa… So, jom la terjah di blog “BICARASELIPARJEPUN”…. Hehehe.. unik kan nama blog dia… I like…

Nak tau syarat-syaratnya… Haaa… apa lagi pergi la menghendap ke blog beliau yang di atas tu… Hehehe

Dia suh mengarang “Kalaulah saya seorang guru”….. Alamak.. entri ini tuk yang bukan guru ke ?? Jadi, saya ini macam mana.. saya ini baru jer 5 bulan bergelar guru (guru baru wei)… !!! Arghhh peduli la kan.. yang penting saya nak buat juga entri ini biarpun dah tak menepati syarat hehehe…. Ok.. alkisahnyaa begini.. Sekiranya saya menjadi guru… tapi situasi sekarang saya dah menjadi guru yaaa.... Saya menjadi guru adalah bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Negara iaitu sebagai suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.. Oleh itu, bertepatan dengan Falsafah ini la saya berusaha tuk melahirkan anak-anak bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang… Saya tidak mahu anak-anak bangsa kita semakin hari semakin mundur dan keterbelakang serta banyak melakukan gejala-gejala sosial akibat pengaruh dari barat.. Bukankah itu menyedihkan… Sedih kan sekiranya.. muda-mudi, anak-anak bangsa negara kita terjerumus semua ini ??.. Jadi sapalah pengganti kita ?.. Bagaimana dengan modal insan kita ?... Oleh itu, sebagai seorang guru, kami kena bertanggungjawab tuk menyelamatkan masa depan anak-anak muda kita pada hari ni.. Tetapi jangan la pulak 100% meletakkan masa depan anak-anak itu pada guru, patutnya ibu bapa, masyarakat serta pihak kerajaan juga patut memberi kerjasama di dalam melahirkan modal insan ini… Aminnn…

Nampaknya terlalu banyak dah celoteh saya ini.. Oleh itu, minta maaf sekiranya entri ini ada terkasar bahasa, terkurang dan terlebih yaaa… Ini adalah hasil dari sanubari sayaa…..

2 comments:

zikeryhassan said...

terima kasih sebab join :)


selamat hari guru

INNANIE ARIFFIN said...

all the best ya for the contest! wish me luck too!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...