"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Wednesday, May 11, 2011

Ikan Berjalan Di Dasar Laut

IKAN berjalan di dasar laut? Tentu pelik bunyinya. Ikan ini dikatakan mempunyai sepasang tangan dan kaki empat jari seperti sirip di bahagian bawah dan belakang boleh berjalan di atas pasir mahu­pun di celah permukaan batu ka­rang.


Ikan yang dipanggil ‘Handfish’ atau ada yang menyebutnya ‘Walking­fish’ direkodkan sebagai ikan Ambulatory. Spe­sies ikan pelik ini berukuran kecil berwarna-warni ditemui di dasar laut di perairan Australia. Ambulatory ini dipercayai wujud sejak beratus tahun lalu. Ia mempunyai persa­maan dengan ikan belacak yang terdapat di pantai negara ini semasa air surut.


Mengikut kajian Profesor Alexander Torne dari sebuah universiti di Australia, ikan berjalan ini mempunyai 14 spesies di mana sembilan daripadanya telah ditemui dan berjaya direkodkan sebagai ikan unik.

“Mungkin tidak ramai orang menge­tahui spesies ikan ini boleh berenang dan berjalan di dasar laut. Ia agak pelik dan unik kerana mempunyai empat jari,” katanya sewaktu membentangkan kertas kerja mengenai keajaiban ikan dasar laut dalam sebuah forum pendidikan baru-baru ini. Katanya, beberapa penyelam yang menjalankan tugas menyelidik kehidu­pan dasar laut terkejut melihat sekumpulan ikan berjalan di atas pasir di dasar laut.


“Pada mulanya mereka melihat ikan itu berenang di celah-celah rumpai dan batu karang. Dalam masa yang berbeza, kumpulan ikan itu berjalan di atas pasir menggunakan kedua belah tangan dan kaki di hadapan dan belakangnya seperti biawak.” Menurutnya, ikan ini mem­punyai per­sa­maan dengan ikan laut yang lain. Ia jarang ditemui di tempat lain ke­rana ikan jenis ini ba­nyak membiak di perairan Aus­tralia. “Mungkin terdapat bebe­rapa spesies ikan Ambulatory di perairan lain, cuma bi­langan­nya banyak terdapat di sini,” katanya merujuk kepada perai­ran Aus­tralia.


Di tempat lain kata Torne, ikan Ambu­latory atau ikan berjalan ini juga dikenali sebagai ikan locomotion. Ia mempunyai persa­ma­an dengan spesies ikan berjalan di Aus­tra­lia. Pengarah Aus­tra­lian Centre for Tropical Fresh­water Research (Pusat Penye­lidikan Laut Da­lam Tropika Aus­tralia), Damien Burrows mengakui wujudnya spesies ikan berjalan di dasar laut.


Ikan-ikan ini katanya mempunyai ta­ngan, kaki di bawah badannya yang bo­leh digunakan sebagai tangan dan kaki. Ia bergerak pantas memandangkan ukurannya kecil dan ringan. “Ikan locomotion ini masih dalam kajian dan penemuan ini dianggap unik. Saya percaya terdapat banyak spesies ikan berjalan di dasar laut dalam.

“Lagi dalam dasar laut, lagi banyak hidupan pelik yang belum pernah ditemui. Sejak kebelakangan ini, beberapa spesies ikan unik dan pelik ditemui hidup di dasar laut yang terlalu dalam,” ujarnya.


Ikan-ikan ini telah dibawa ke makmal untuk kajian selidik bagi mengetahui kehidupannya. Pada dasarnya ia seperti seekor ikan laut yang biasa. Katanya, ada juga spesies ikan mem­punyai kaki seperti biawak berjari empat. Ia terdapat dalam pelbagai bentuk yang unik bergantung kepada spesiesnya.

7 comments:

Smile Is Cure said...

kalau nak bela ikan ni dalam akuarium agaknye boleh ker???

Bungasunti-Maternityandnursing said...

unik!

Akmal Izzah Alias said...

wow!! ajaibnyee

Ujang9897 said...

tak pelik..kalau jln atas darat pelik..=)

Ayu Rashidah @ Cik Ayu said...

SUBHANALLAH.....comelnya ciptaan ALLAH nii........

Anonymous said...

Allah itu Maha Besar...
terlalu banyak yang tersembunyi yang belum kita ketahui... :)

GR said...

comellah ikan ni. hehehe.
unik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...