"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Tuesday, May 24, 2011

Eropah Berjaga-Jaga

GAMBAR yang dirakamkan kelmarin menunjukkan gunung berapi Grimsvotn meletus dengan mengeluarkan debu ke udara

(By KOSMO)



PARIS - Debu dari sebuah gunung berapi di Iceland mungkin tiba di utara Scotland menjelang esok sekali gus menjejaskan penerbangan.

Jika letusan gunung berapi Grimsvotn itu berterusan, debu berkenaan akan tiba di sebahagian wilayah di Britain, Perancis dan Sepanyol menjelang Khamis ini.

Beberapa lapangan terbang di Iceland ditutup semalam ekoran kebimbangan bahawa debu dari gunung berkenaan yang meletus pada Sabtu lalu bakal mengancam keselamatan penumpang pesawat.

Ekoran angin bergerak ke arah utara, pihak berkuasa menyatakan terdapat risiko yang sedikit akan berlakunya gangguan ke atas laluan penerbangan di Eropah dalam tempoh 24 jam.

Semalam, pihak berkuasa Britain menimbang untuk menghantar kumpulan pesawat bagi memantau pergerakan debu itu. Beberapa pihak pengendali pesawat kini kerap diberitahu mengenai situasi yang terkini berhubung debu gunung tersebut.

Pakar-pakar menyatakan, gunung itu mungkin tidak akan mencetuskan suasana yang sama seperti gunung berapi Eyjafjallajokull yang meletus pada April tahun lalu.

Gunung berapi Eyjafjallajokull yang meletus pada tahun lalu menyebabkan sejumlah pesawat menghentikan operasi kerana debu yang berterbangan di udara. - Agensi

2 comments:

ewanthology said...

macam macam bala berlaku sejak akhir akhir ni

ermmmm

ayanuts said...

sampai mcma tu sekali kesannya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...