"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Tuesday, May 31, 2011

Alhamdulillah dah siap... Hehe

Alhamdulillah… semuanya dah siap disemak… Semak apa ??? Semak kertas jawapan peperiksaan Penggal 1.. Saya semak kertas jawapan bagi Bahasa Melayu tingkatan 1 dan Geografi Tingkatan 2,3 dan 4… Yang penat tu menyemak kertas Bahasa Melayu tingkatan 1 dan Geografi Tingkatan 4.. Penat sebab baca jawapan mereka dalam esei..

Pelbagai jawapan dan gaya penulisan yang dapat dibaca.. Yang tensionnya pabila ada pelajar bagi jawapan mengarut-ngarut.. Dah tu keluar dari soalan.. Tak kena mengenai dengan kehendak soalan.. Sapa tak sakit hati.. Padahal dah diajar pun di dalam kelas.. Huhuhu…. Yang sakit hati lagi pabila tulisan mereka saya tak boleh baca.. mengalahkan tulisan doktor.. huhu… Tetapi ada juga yang melucukan baca jawapan pelajar-pelajar tingkatan 1 buat karangan hehehe….

Alhamdulillah, kemarin dah hantar semua markah-markah peperiksaan ke meja S.U Peperiksaan di sekolah… Lepas ini boleh la rileks… Apa rileks.. ??? Opsss belum tentu, sebab kena buat modul Geografi tuk pelajar Tingkatan 3 (PMR).. Buka sekolah ini dah beri modul tu kat budak2… Harap-harap dapat la siap dengan jayanya… amin..

Itu lah dia asam garam seorang guru… Semuanya ada pelbagai rasa yang dapat dirasai.. Huhuhu…

2 comments:

aizamia3 said...

habis cuti penggal ni kena brain wash pelajar2 tersebut agar lebih berhati-hati bila menjawab soalan..

psstt: teruskan niat murnimu itu dalam mendidik mereka yang dahagakan ilmu pengetahuan..

azwa amani said...

wahhh..lepas semak boleh cuti...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...