Bunga yg kembang & cantik itu jarang yg wangi.. bgitulah jg org yg cantik; kbykannya jarang brbudi.
Ah… siapa yg tdk sronok bila dikatakn cantik & menawan? Bgitulah resam manusia,
Wanita yg cantik ttapi tdk brbudi pekerti tinggi, lebih2 lg isteri yg cantik yg derhaka pd suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya, harumnya tiada. Sbaliknya wanita yg kurang cantik ttapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mcari keredhaan-Nya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa.
Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati org. Kasihan si bunga raya, tdk dijual atau dipakai org. Ibarat gadis murahan yg mempertontonkn kcantikan. Konon nanti ada yg berkenan ttapi tdk sedar diri jadi mainan.
Wanita yg kurang cantik pula jika tdk berakhlak akan menyakitkn hati dan mata. Ibarat bunga yg tdk cantik tdk pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa2 tarikan dan keindahan padanya. Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa utk merebut kasih syg manusia.
Tetapi marilah berlumba-lumba utk mjadi wanita yg bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk2-Nya. Seharusnya diri yg dikurniakn Allah dgn nikmat kcantikan sntiasa resah jiwanya. Bukan krana takut luput kurniaan itu dr dirinya. Bukan jua krana ada yg iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya.
Resah adalah krana mghitung pahala2 yg tinggal akibat pujian dan snjungan manusia yg bakal mjerumuskan dirinya ke jurang neraka. Mengira-ngira bgaimana utk mruntuhkn gunung mazmumah (sikap negatif) akibat dr kcantikan diri yg dijulang bgaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan stiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan.
Bersyukur dgn sgala nikmat Tuhan. Baik buruk, cntik hodoh itu adalah pemberi-Nya. Yg berwajah cantik atau hodoh sama2 perlukn prsediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yg brwajah cntik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yg gelap lg sunyi.
Tatkala itu bersandinglah manusia dgn kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkn nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sggup bjuang, bkorban apa sj demi mendptknnya?
Sebelum segala2nya tlewat sama2lah kita mndaki anak2 tangga menuju ke puncak taubat. Asal manusia adalah dr stitis mani yg hina. Sehina itulah pula dirimu wahai wanita.
Langit yg dijadikan-Nya tdk bertiang, gunung-ganang tdk bpancang. Usah terlena dibuai keindahan, ssgguhnya pd sgalanya itu tkandung pgajaran: Dan apa shaja nikmat yg ada padamu dr Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kmudaratan maka hanya pada-Nyalah kamu meminta pertolongan.” (Surah An-Nahl: 53)
4 comments:
sangat bermakna :)
i like it ..
InsyaAllah.... :)
yang cantik itu tetap akan tua dan berkedut seribu.... so, usahlah kita alpha dgn nikmat dunia sementara.... bersyukurlah dgn apa yg ada tanpa perlu mendabik dada dengan segala pujian yg datang... kecantikkan sebenar dtg dari hati yang murni n bersih...
i love this :- Bersyukur dgn sgala nikmat Tuhan. Baik buruk, cntik hodoh itu adalah pemberi-Nya. Yg berwajah cantik atau hodoh sama2 perlukn prsediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yg brwajah cntik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yg gelap lg sunyi.
Post a Comment