"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Thursday, March 17, 2011

Ohh Panggilan TEMUDUGA SPP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat teman-teman bloggers sekalian..

Rasanya dah hampir 3 hari saya tak membuat sebarang entri di teratak buruk saya ini.. Huhuhu.. Disebabkan kebizian menjadi jurulatih olahraga saya tak berkesempatan tuk menghasilkan entri-entri terkini…


Akhirnya hari ini saya berusaha tuk create entri terkini… Kalau korang nak tau tadi pagi saya ada wat semakan di dalam Laman Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).. Just try in error la… mana la tau dapat panggilan interview…


Dengan ternganga dan terkejutnya pabila ada satu tarikh di dalam ruangan panggilan temuduga… Arggghhhh.. betapa sejuknya peluhku mengalir.. aku menjadi gabra dan pucat… hahaa… bukan apa.. tak sangka.. dengan keadaan tak bersedia aku dah dipanggil temuduga SPP pada 7 April 2011 ni di Bangunan BSN Karamunsing Kota Kinabalu pada jam 8 pagi..… Huhuhu…

Hurmm.. Nak masuk jadi guru pun kena amik interview.. Nak posting pun kena duduk ujian INSAK (Ujian Inventori Sahsiah dan Keguruan) serta Interview… ini pabila dah bergelar guru kena duduk temuduga lagi iaitu tuk syarat sah lantikan… Lepas tu baru la pegi induksi pabila dah lulus interview SPP ini… Huhuhu.. banyakkan syarat-syarat tuk jadi guru ini…


Apa-apapun mulai hari ini kena usaha dan sentiasa baca buku mengenai dunia pendidikan.. Hehehe… Kena revision dan refresh kembali ilmu-ilmu mengenai PEDAGOGI…. Lepas ini kena baca pasal FPK, NKRA, PIPP, dan banyak lagi la mengenai dunia perguruan… So, terpaksa la ikat kait putih kat kepala.. sentiasa membaca dan terus membaca… serta kena prepare fizikal dan mental tuk hadapi temuduga ini.. Chaiyokk


Doakan saya yer agar lulus pada interview ini… Amin…

8 comments:

IMANSHAH said...

terkenang masa interview dulu

Awangku Johan said...

hurmm.. msti penuh dgn usaha kan.. share2 la..

siti habsah said...

gud lux.....
ermmm...agak2 kan..klu sy nk jd guru nnt cane???? sy bukan amek pendidikan pun......huhu

http://siha89.blogspot.com/2011/03/apabila-3-set-menyerbu-kl-part-2.html

roslaini saad said...

good luck... sebenarnya bila dah jadi cikgu..masih banyak kita diuji

whitecappuccino said...

Tahniah dan gud luck ya..selamat membaca. dengar kata lately dorang suka provoke nak tengok macamana cikgu jawab dan handle situasi..all the best!

mamaaizara said...

gd luck...

kiwi said...

gudluck! sy pun baru je interview awal bulan tadi. :))

shichi_iza said...

good luck n buat sehabis baik ye.... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...