"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Friday, March 11, 2011

Wanita... Jadilah Bunga Yang Indah

Bunga yg kembang & cantik itu jarang yg wangi.. bgitulah jg org yg cantik; kbykannya jarang brbudi. Apabila si gadis dipuji dgn kata2, “kamu ni cantiklah,” maka akan menguntumlah skuntum snyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu2lah dia.


Ah… siapa yg tdk sronok bila dikatakn cantik & menawan? Bgitulah resam manusia,sronok bila dipuji kecewa bila dikeji. Ttapi lain halnya bg si mukmin yg merasa dirinya miskin dgn Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dgn pujian dan sanjungan manusia.


Wanita yg cantik slalu ditimpa ‘perasan’ krana sedar dirinya punya klebihan. Kata org, wanita cntik byk mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya.Kalau ia sorang gadis dirinya sggup menjadi tukaran dgn wang yg beribu. Ada pula yg rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.


Jika dia sorang isteri yg sedar dan bangga dgn kcantikkannya maka suamilah yg mjadi mangsa. Si suami slalu melutut dan kalah dgn khendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikn isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya.


Jadilah laksana Nakhoda.. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yg cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tdk tercapai, mengugut,merajuk hendak balik kampung atau minta cerai.


Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kcantikannya digunakn utk meniup smangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri sorang wanita sama ada cantik atau tdk adalah pd akhlaknya. Andai dia seorang isteri, ketaatannya pd suami adalah akhlak yg indah.

Wanita yg cantik ttapi tdk brbudi pekerti tinggi, lebih2 lg isteri yg cantik yg derhaka pd suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya, harumnya tiada. Sbaliknya wanita yg kurang cantik ttapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mcari keredhaan-Nya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa.


Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati org. Kasihan si bunga raya, tdk dijual atau dipakai org. Ibarat gadis murahan yg mempertontonkn kcantikan. Konon nanti ada yg berkenan ttapi tdk sedar diri jadi mainan.


Wanita yg kurang cantik pula jika tdk berakhlak akan menyakitkn hati dan mata. Ibarat bunga yg tdk cantik tdk pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa2 tarikan dan keindahan padanya. Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa utk merebut kasih syg manusia.


Tetapi marilah berlumba-lumba utk mjadi wanita yg bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk2-Nya. Seharusnya diri yg dikurniakn Allah dgn nikmat kcantikan sntiasa resah jiwanya. Bukan krana takut luput kurniaan itu dr dirinya. Bukan jua krana ada yg iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya.


Resah adalah krana mghitung pahala2 yg tinggal akibat pujian dan snjungan manusia yg bakal mjerumuskan dirinya ke jurang neraka. Mengira-ngira bgaimana utk mruntuhkn gunung mazmumah (sikap negatif) akibat dr kcantikan diri yg dijulang bgaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan stiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan.

Bersyukur dgn sgala nikmat Tuhan. Baik buruk, cntik hodoh itu adalah pemberi-Nya. Yg berwajah cantik atau hodoh sama2 perlukn prsediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yg brwajah cntik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yg gelap lg sunyi.

Tatkala itu bersandinglah manusia dgn kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkn nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sggup bjuang, bkorban apa sj demi mendptknnya?


Sebelum segala2nya tlewat sama2lah kita mndaki anak2 tangga menuju ke puncak taubat. Asal manusia adalah dr stitis mani yg hina. Sehina itulah pula dirimu wahai wanita.


Kenangilah nasib diri di hri pghisaban. Sgala pinjaman Tuhan itu, utk apa digunakn.Lunakkan hati, tenangkan prasaan. Lihatlah ke sluruh penjuru alam. Di mana sj mata mnjurus di sna ada tanda keagungan Tuhan. Dongakkn kpala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yg hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang.

Langit yg dijadikan-Nya tdk bertiang, gunung-ganang tdk bpancang. Usah terlena dibuai keindahan, ssgguhnya pd sgalanya itu tkandung pgajaran: Dan apa shaja nikmat yg ada padamu dr Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kmudaratan maka hanya pada-Nyalah kamu meminta pertolongan.” (Surah An-Nahl: 53)

4 comments:

raje carl said...

sangat bermakna :)
i like it ..

Cik Kyla said...

InsyaAllah.... :)

shichi_iza said...

yang cantik itu tetap akan tua dan berkedut seribu.... so, usahlah kita alpha dgn nikmat dunia sementara.... bersyukurlah dgn apa yg ada tanpa perlu mendabik dada dengan segala pujian yg datang... kecantikkan sebenar dtg dari hati yang murni n bersih...

eddy syrol said...

i love this :- Bersyukur dgn sgala nikmat Tuhan. Baik buruk, cntik hodoh itu adalah pemberi-Nya. Yg berwajah cantik atau hodoh sama2 perlukn prsediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yg brwajah cntik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yg gelap lg sunyi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...