Politik…… Macam-macam perumpamaan atau pengibaratan suasana politik.
Teringat kata-kata seorang pensyarah. Beliau ada mengatakan, “Sebagai warga muda dan warga pendidik, kita harus mengkaji suasana dan pekembangan negara kita.”
“Kamu tidak harus bergantung kepada satu sumber sahaja. Bacalah maklumat dari pelbagai jenis sumber, samada bercetak ataupun internet. Tidak kiralah dari media alternatif atau perdana, blog atau sebagainya. Kaji, banding dan fikirkan secara waras”..
Tidak semestinya semua perkara itu benar
Satu perkara yang perlu difahami manusia adalah, perkara yang belaku disekitar dunia ini tidak semesti semuanya benar. Semakin dikaji, semakin bercelaru faktanya…. Rata-ratanya akan menjadi AUTA…. Bukan begitu?
Ya benar. Sebagai contoh jika timbul sesuatu isu, apabila kita membaca 2 hingga 3 jenis surat khabar, berita, blog dan sebagainya untuk mengetahui lebih lanjut tentang sesuatu isu, maka laporan yang akan kita dapat dari media-media ini boleh dikatakan bercanggah antara satu sama lain..
Namun, kita dikurniakan satu anugerah yang paling berharga, iaitu AKAL. Kerana akal inilah kita berstatus lebih mulia dari haiwan. Oleh kita seharusnya memanfaatkan anugerah kita ini dengan sebaiknya iaitu dengan BERFIKIR… Berfikirlah secara matang dan jauh kehadapan, kerana sesuatu yang berlaku diseliling kita pasti akan sedikit sebanyak akan menjejaskan kita.
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri” Surah Ar-Ra’d ayat 11
Pelajar dan Politik?
Kerana pengajian tinggilah tempat terbaik pelajar-pelajar mula menceburi bidang politik. Ingatlah, generasi masa kini merupakan bakal pemimpin pada masa hadapan.
Bak kata-kata hikmat ini… "Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar.." - Prof Ungku A. Aziz.
Lihatlah kepada Usamah bin Zaid RA. Direkodkan bahawa ketika dia berumur 18 tahun, dia telah diangkat untuk menjadi seorang jeneral yang menggepalai tentera menentang Romawi. Lebih mengkagumkan, pada usianya 19 tahun, dia berjaya menewaskan Romawi dengan kejayaan. kita pada waktu ini, bagaimana?
Dalam konteks
“Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik.” Surah Al-Maidah ayat 49.
Generasi kini adalah generasi celik IT, maka gunakan kesempatan ini untuk membuka minda kita seluas-luasnya.
Jadilah seorang yang mengkaji untuk kita menjadi seorang Pemikir!
1 comment:
Kekangan dari pelbagai sudut boleh menyebabkan daya intelek pelajar di IPTA @ IPTS terbantut.Pilihanraya di kampus hanyalah sekadar gula2 yang membuatkan pelajar sakit gigi.Perlu ada perubahan Akta Kolej dan Universiti bagi membolehkan pelajar menyertai politik kerana mereka sudah matang dalam menilai yang baik untuk Agama Bangsa dan Negara.
Post a Comment