"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Thursday, March 10, 2011

Berjuta-Juta Ikan Mati di Marina California

LOS ANGELES - Berjuta-juta ikan kecil mati termasuk ikan kembung dan sardin ditemui terapung di sebuah marina di pantai Redondo, selatan Los Angeles, lapor sebuah akhbar semalam.

Pemilik-pemilik bot di marina itu bangun pada waktu pagi kelmarin di pantai Redondo, California dan mendapati jutaan ikan tersebut mati.

Seorang pegawai polis, Sarjan Phil Keenan berkata, punca kematian itu masih belum diketahui.

Penyelaras marin untuk Marina King Harbor, Staci Gebrielli berkata, pihaknya juga tidak mengetahui mengenai punca kematian ikan tersebut.

Sebelum ini, lebih 3,000 burung terjatuh dari langit menjelang Tahun Baru di Beebe, Arkansas.

Percikan bunga api dipercayai menjadi punca kematian burung itu tetapi punca sebenar kematian haiwan itu masih belum diselesaikan. - Agensi

2 comments:

gaung said...

ish ish ish..adakah satu petanda.adakah kesan kepada kedudukan bulan yang akan paling hampir dengan bumi 19hb 3 nanti?

Awangku Johan said...

@@gaung
wallahualam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...