Ketika orang-orang kafir menyalib Khubaib bin Adyadi atas pohon kurma sebelum membunuhnya, dia sama sekali tidak takut dan gentar. Bahkan dengan mata tajam, ditatap orang-orang kafir sambil berkata:
“Sekelompok pasukan bersekutu berkumpul di sekelilingku dan membentuk satu kumpulan besar. Mereka merasa senang dengan kabilah-kabilah mereka.”
“Hanya kepada Allah aku berkeluh kesah tetapi bukan kerana serang yang dilancarkan musuhku pada saat bertempur.”
“Aku tidak peduli dengan cara apa aku mati, selama aku mati dalam keadaan Muslim kerana semuanya tetap kembali kepada Allah. Semoga Dia memberkati pada setiap tulang dan daging yang tercincang.”
Demikian juga Saad bin Abi Waqqash RA ketika menemui raja Parsi. Dengan gagah dia berkata:
“Aku akan datang dengan suatu pasukan yang sangat mencintai kematian, sebagaimana kamu semua cinta pada kehidupan.”
Dalam peperangan Uhud, ramai kaum Muslimin terbunuh sementara anak panah pasukan kafir begitu deras menyerang Rasulullah SAW. Saat itu Abu Thalhah RA membuka dadanya menjadi benteng Rasulullah SAW. Dia berkata, “Wahai Rasulullah, anak panah itu tidak akan mengenaimu. Kami akan mengorbankan diri kami, agar engkau tidak terkorban.”
Ya, selama kematian membawa keredhaan Allah, ucapkanlah selamat datang kepadanya.
Berbeza dari orang soleh, ahli maksiat dan mereka yang tenggelam dalam syahwat dan kenikmatan dunia amat takut menghadapi kematian. Mereka tidak pernah mengingatinya kerana ketakutan yang luar biasa. Padahal sepatutnya, Allah SWT lebih mereka takuti dari yang lain.
Ingatlah, kita perlu mati untuk mencapai Syurga. Dan mati itu perlulah pula dalam kedaan beriman
4 comments:
mati 2 pasti.... bezanya cara kita m'ingati mati x sma dgn org lain, ada yg tenang, ad yg gelabah n ada yg buat xtau je.... :)
nice entry bro.
tau x kisah sebenar tentang burung tu (gambar)?? sebenarnya ada kisahnya yg tersendiri...
gmbr burung tu mmg ble wat air mata ngalir -.-
Post a Comment