"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Wednesday, March 9, 2011

Aku Hakim....!!!

Hari ini bermulanya Sukan Olahraga Peringkat MSSD Kuala Penyu… Hari ini bangun awal pagi dan bersiap sedia dari segi mental dan fizikal.. Hari ini juga diriku bergelar hakim bagi pertandingan Lontar Peluru bergabung dengan guru dari sekolah lain iaitu Cikgu Wahid….

Sukan Olahraga Peringkat MSSD Kuala Penyu ini dipertandingkan selama tiga hari dan sebanyak empat buah sekolah mengambil bahagian bagi Peringkat Daerah Kuala Penyu. Antaranya SMK Pekan Kuala Penyu, SMK Kuala Penyu, SMK St. Peter Bundu dan SMK Menumbok…

Pemungutan pingat pada hari ini memang sengit.. Akhirnya, di hari pertama sekolahku mendapat 7 emas… Aku lupa berapa pingat perak dan gangsa yang sekolahku peroleh.. hahahaha…

Apa yang penting hari ini memang penat menjadi hakim lontar peluru.. Memang betul-betul amat penat laaa.. Huhuhu.. Malam ini berehat dengan secukup-cukupnya.. Hari esok menunggu lagi… Huhuhu…

3 comments:

shichi_iza said...

mcm dah sebati plak acara lontar peluru ni dngan AK.... :)

Nobita Sensei said...

terkenang zaman sukan ekolah~

Shafiq said...

Tak pandai lontar peluru..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...