Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu' dan berjalan menuju masjid. Di tengah jln lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu' dan berjalan menuju masjid.
Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, skali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwudu' dan berjalan lagi menuju masjid.
Di tengah jln menuju masjid dia bertemu sorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab "Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jdi saya bawakan lampu utk menerangi jln kamu. Lelaki muda mengucapkn trima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.
Saat sampai di masjid lelaki muda itu mengajak teman barunya yg membawa lampu utk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.
Lelaki muda bertanya, knapa menolak utk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:
“Aku adalah Syaitan
Lelaki muda itu sungguh terkejut..!”
Syaitan menjelaskan, ''Saya melihat kamu berjalan ke masjid dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid Allah mengampunkn semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya dan itupun tdk membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.
Kerana itu, Allah mengampunkn dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jd saya harus memastikan bahwa kamu sampai di masjid dgn selamat..'
MORAL :
Jangan abaikan suatu niat baik yg kita mahu lakukan, kerana kita tdk pernah tahu ganjaran yg bakal kita perolehi dri segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakn niat baik tersebut .
1 comment:
besarnya pahala dan ganjaran mereka-mereka yang datang berjemaah di surau kan..
Post a Comment