Ohhhh…. Nampaknya cuti sekolah hanya berbaki 1 hari lagi.. Huhuhu… Cuti sekolah ini saya langsung tiada cuti… Kenapa??
Sebab semasa cuti sekolah berlangsung saya dan beberapa orang guru telah menjadi jurulatih olahraga bagi atlet sekolah ke peringkat Bahagian Zon Selatan Negeri Sabah… Hurrmm… Nampaknya aku makan hati jer cuti sekolah ini.. Guru-guru senior yang lain semuanya seronok bercuti dan melancong
Cuti sekolah ada berbaki 1 hari lagi.. Kerja-kerja aku belum siap lagi seperti fail panitia, fail badan pengawas, ujian bulanan budak-budak, tanda buku nota dan latihan budak-budak dan pelbagai jenis kerja lagi yang tertinggal dan terbengkalai kat bilik guru tu…
Akhirnya hanya hari ini dan esok sahaja masa yang ada tuk aku menghabiskan semua kerja-kerja tersebut.. Aku kena siapkan sebab awal bulan April ini kemungkinan akan ada 24 orang Nazir mengunjungi sekolahku… Ohhh kena prepare apa yang patut
Lagi pun pada 7 April ini juga aku akan menduduki temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).. So, kena buka buku study… Arghh.. memang sibuk
Jangan kata jadi guru ini senang.. Pelbagai kerja dan komitmen yang guru kena pegang dan jalankan… Yang tahu mengata guru itu senang just mengajar dalam kelas dan lain-lain lagi laaa.. Haaa.. jangan kata itu jer keje guru.. Sebenarnya kerja yang bukan hakiki sebagai guru pun guru akan buat….
Apa-apapun kerja guru ini memang lah mulia…. Bersyukur aku menjadi seorang pendidik.. Insyaallah, akan ku curahkan bakti ku sepenuhnya tuk mendidik anak bangsa.. Amin..
C.I.K.G.U
++Celik Insan Kerana Guru Unggul++
Kerja-kerja yang aku tinggalkan… Penuh meja aku ni.. Huhu
7 comments:
payah gak jadi cikgu ni ye... sian cikgu... takpe2... berkorban demi nusa dan bangsa!!! Go cikgu go!
xpa2, demi berbakti kepada anak bangsa kan.. ;)
MySuaraBlog: Jom Kesan Kehamilan Cara Orang Dulu2
kira untung la dpt cuti lama tau..budak cuti sekolah cikgu pun cuti gk..tp selalunya cuti cikgu2 ne mesti dipenuhi dgn kursus n aktiviti kan..:)
hehehe.... biasa la 2, dugaan tuk jadi seorang cikgu yg dedikasi mmg bnyak AK.. tapi sy tgk biarpun AK bz ngan tugasan sampingan seorang cikgu, meja cikgu 2 still kemas n teratur.... sebab seingat sy cikgu lelaki waktu sekolah dulu meja cam tempat nk buat treasure hunter plak... :)
Stuju sesangat....hehehe. Kita serupaaa..
ingatkan jadi cikgu ni,kalau cuti sekolah cikgu pon semua cuti,rupenye tak. Tapi, dalam cari rezeki mestilah ada mcm2 cabaran. Smeua pekerjaan ada cabaran. :)
Teruskan jadi guru yang baik dan efisyen, we need more teachers like you.
Post a Comment