"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Saturday, March 5, 2011

Kerana Mulut Manusia

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, “Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki”.

Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula, “Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu”.

Sebaik saja mendengarkan kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, “Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyeksakan himar itu”.

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, “Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai”.

Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, “Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T saja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu”.

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, “Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya”.

5 comments:

shichi_iza said...

susah nk puaskan ati smua org n susah juga nk tutup mulut org dri berkata2.... so jln terbaik, buatlah sesuatu yg kita yakin betul jgn hnya kerana ada org yg m;arahkan kita melakukan.... dlm hidup ni perlu ada ketegasan

ZWAN SABRI said...

yeah. kita kena tetapkan keyakinan kita.. tak boleh ikowt suma kehendak orang sangat.. adatla, klaw kita bwat apa2 saja termasuklah kebaikan, pasti ada yang cuba nak pertikaikan..
HUHU



MySuaraBlog: Ibu Terkecil

♪..aq[daN]pUteraku..♪ said...

lemahnya manusia hanya kerana kata-kata manusia d sekelilingnyaa;

lemahnya manusia hanya kerana selalu ambil sikap peduli thadap kata2 manusia yg mampu untuk meroboh keyakinan manusia e2 sendiri...;

Ayuni said...

hm, sbb tulah aper org ckp x smua btul n klau dok ikut org ckp smpai biler pun x jd...

Kak Mahh said...

Susah kan kalau kita dengar pendapat orang...lebih baik kita buat sesuatu yang tidak melanggar hukum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...