"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Saturday, March 12, 2011

Jom Tonton Hikayat Merong Mahawangsa

Hurmmm hari ni nak pergi kenduri rakan kawin rakan guru ustazah Habibah.. pastu nak plan p tengok Hikayat Merong Mahawangsa.. Kalau rakan bloggers nak tau filem ni berjaya mendapat tempahan beberapa negara luar dan juga dikenali sebagai The Malay Chronicles: Bloodlines. Gile gempak kan?

Tengok intro macam best jugak, total cost pengambaran pun telan RM8 juta. Harap KRU studios lebih produktif dan berani keluarkan filem2 berkualiti tinggi dengan bajet bersesuaian. Kalau boleh jadi macam taikun filem Phang Brothers kat hong kong tu.

Dari trailer yang saya tengok, grafik dia kali ni memang sempoi gile. Gua tabik la sama KRU. Rasanya CGI filem ni jauh lebih baik daripada Cicakman yang agak ntah ape-ape tu. Tapi nak puji lebih-lebih pun tak boleh, kena tonton dulu filem ni.

Sedikit sinopsis tentang Hikayat Merong Mahawangsa The Malay Chronicles: Bloodlines ;

Merong Mahawangsa adalah keturunan Alexander the Great, seorang nakhoda tentera laut terkenal dan pengembara yang datang ke Asia beberapa ratus tahun yang lalu. Empayar Rom pada masa pemerintahan Hadrianus dan China, Dinasti Han berada pada zaman kegemilangan pemerintahan dan kedua empayar ini bersatu melalui perkahwinan putera Rom dengan puteri China dari Dinasti Han.

Mereka akan dikahwini di titik tengah antara timur dan barat, neutral ground (gua syak di tanah melayu). Merong Mahawangsa ditugaskan untuk mengawal putera Rom dalam perjalanan mereka ke Asia Tenggara.


The pirate nation of Geruda (lanun geruda? ini lanun mana ni?) telah menculik puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan (nyumnyum!). Dalam perjalanan ke Selat Melaka, Armada Merong Mahawangsa telah diserang tentera Geruda semasa berhenti di pulau kecil untuk mengisi bekalan.

Mampukah Merong Mahawangsa menyelamatkan puteri dan menyatukan dua tamadun besar dari timur dan barat? Pi tengok wayang Hikayat Merong Mahawangsa sekarang….!!!!!!!!!!!




Harap harap KRU buat pelaburan yang betul la, sebab rekod rekod lepas menunjukkan filem epic negara kita selalu je gagal. Tapi tengok yang ni macam ada peluang nak meletup. Hehe.

Cuba tengok sendiri Trailer The Malay Chronicles : Bloodlines

6 comments:

Nurdiyana Yaccob said...

deqdeq baru je gi tonton semalam....dari segi teknik cgi tu, rasanya boleh dibanggakan untuk hasil anak tempatan....

Gen Fujita said...

Minggu depan baru tengok. Personally, aku tak hairan dengan CGI, sebab benda tu takde masalah diorang nak buat. Apa yang aku nak, kualiti sesebuah filem tu, tanpa perlu terlalu bergantung semata-mata dengan CGI.

shichi_iza said...

dah tengok the making dia, so rasa cam k je movie ni sebab even guna CGI tapi Quality dia GreAt.... xla rasa merapu sgt bila tgk, cara pemaparan title dia pun chantek, ala2 haRry potter plak.... hehehe

RIAN said...

teringin la nak tengok. ^^,

...love cokelatcake... said...

dh tgk cerita ni..best...drpd 5 stars, aku abg 4 stngah,,,=)

solomolo said...

tak sabar nak tgk m0vie nie...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...