Saya ada terbaca pada satu blog ini mengenai cara tuk tingkatkan Traffic Blog.. kredit kat blog Teh Ramuan..... Ok member2, Banyak tips atau panduan yang telah dibuat oleh para blogger terdahulu mengenai cara-cara untuk menghasilkan sebuah blog yang baik. Mereka sememangnya tahu rahsia berblog kerana blog mereka menerima traffic yang tinggi. Pendapatan hasil blog mereka juga memuaskan! Di bawah ini adalah beberapa panduanyang sempat saya ambil dan saya sekadar mengubahnya kepada bentuk puisi sahaja.
sangat cantik colourful gaya
sekadar hiasan wanita remaja
tulisan besar caps lock pula
sekejap dibaca sakit kepala
tulisannya mungkin kecil sekali
dapat dibaca penulis sendiri
besar berganti berselang-seli
sekejap singgah diangkat kaki
tidaklah salah meminati lagu
santapan jiwa makanan kalbu
tetapi autoplay jangan begitu
ada pengunjung rasa terganggu
rajin menulis membuat karangan
panjang tulisan tanpa perenggan
jemu dibaca pengunjung sekalian
juga tak cantik dalam pandangan
cuba letakkan sekeping gambar
menambah seri bertambah sinar
bersaiz kecil dan jelas terpapar
janganlah pula terlampau besar
berbagai gajet kalaulah diletak
di tengah di tepi berbagai kotak
apabila loading lambat bergerak
seperti siput sedang merangkak
berblog untuk semua pembaca
jauhilah sms gaya berbahasa
sukar difahami apakah cerita
blogmu akan dilupakan sahaja
Saya sendiri masih dalam proses belajar bagaimana mahu menarik pengunjung yang ramai ke blog Percubaan Pertama ini dengan membaca tutorial yang terdapat di internet.. Dan akan sentiasa belajar bagaimana nak menarik pengunjung bertandang ke blog saya ini..
8 comments:
Akak pun masih dlm proses belajar ni..sgt jahil..
pandai awk berkarya yer :)
Ummi --> sama dgn saya kak.. still merangkak g ni.. terkapai2 tuk mncari ilmu baru.. hehe
pantun yg besh..! :)
lawat lah blog2 yg hebat2,
belajar dari mereka..
sy juga masih merangkak2 nak perbaiki blog..
salam...tulisanmu merah sangatlah pak ngah..hehe
thanx sbb berkongsi maklumat
cek chun --> hehe.. ni Awang minta kebenaran dr empunya en3 ni tuk post kat sini..
aYaz --> yup kena sntiasa menerjah blog yg hebat2
sofi --> cheq dah tukaq dah
huhuhuhuhu..nice...
AWIN --> moshi-moshi
Post a Comment