Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah.
Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.
Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)
Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita
betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja.
9 comments:
terima kasih sebab saling mengingatkan...
huwaa...thanks share info ni abg AK..hehee
Wan --> yup saling sharing myaring (rosak bhasa) hehe
info yg menarik..
tengs 4 sharing :)
aYaz --> welcome.. tuk sharing bersama
Amirah --> yup.. sama2 kita manfaatkan
Salam,
Moga kita sentiasa diberi hidayah dan petunjukNYA. Tak buru-buru habiskan solat dan buat sesempurna yang boleh.
Betul tu..kalau berjaya kita hayati betul betul bacaan dlm solat, insyaAllah tak susah nak khusyu'.
Saya suka maksud dalam Doa Iftitah dan Al-Fatihah itu sendiri. Mmg kalau dihayati boleh mengalirkan air mata...
sweetie --> wkumsalam, Insyaallah.. moga solat kita akan d terima oleh-NYA.. wat dgn khusyuk mgikut tertib..
Hairil --> stiap bait2 ayat Al-Quran penuh dgn keagunganNYA yg tidak terhingga.. Maksud yg terdapat dlm ayat al-fatihah n doa iftitah amat besar maknanya.. bukti kebesaran yg Maha Esa..
Insyaallah sama2 kita amalkan dan sebarkan kpd insan seagama dgn kita
Post a Comment