"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Thursday, October 28, 2010

15 Ciri Wanita Syurga


Beberapa detik yang lalu, saya ada membaca artikel dalam majalah iluvislam.. So, saya tertarik dengan satu artikel ini iaitu mengenai Ciri-Ciri Wanita Syurga. Tatkala ketika kita berada di generasi Y (generasi moden) ini terlalu banyak kita lihat ciri-ciri wanita yang sebalik dengannya. Apa-apa pun diharapkan ciri-ciri di bawah ini dapat memberi pengajaran n petunjuk kepada wanita-wanita d luar sana tuk mengubah peribadi mereka kepada lebih yang di tuntut dalam agama Islam.. Insyaallah..

1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.

3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.

7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.

15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.

5 comments:

Nobita Sensei said...

hm..bagusnya dapat bini macam ni..

Awangku said...

Nobita --> Amin.. mudah2an kita berdoa jak.. Aik td Awang post en3 ni tuk Auto Post.. tp blh pulak d baca oleh Nobita.. td awang dah set jam 12.05 Am

puteriqaizyan said...

bgsnye kalau sy dpt jd mcm ni..:)

zurazari said...

berusaha untuk menjadi sebegini...
hopefully...
insyaALLAh...=)

Awangku said...

puteriqaizyan --> Insyaallah, anda boleh
zurazari --> Amin.. moga tercapai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...