Ya Allah
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.
Ya Muhaimin,
Jika akau jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati
Seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…
Ya Rabbana,
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling dari hatiMu…
Ya Rabbul Izzati,
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui
Syahid di jalanMu..
Ya Allah,
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
Bermunajat di sepertiga malam terakhirMu…
Ya Allah,
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
Perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu…
Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga
Melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi
Hanya kepadaMu..
Amin..
Doaku….
Moga Kita sama-sama berjaya di Dunia dan Akhirat…
Berjaya dalam mengharungi segala dugaan dan cabaran.. yang sememangnya menguji kekuatan iman…
Kerana tapak iman itulah yang menemukan cinta yang selama ini telah hilang….
Semoga Cinta yang dicari telah ditemui…
Semoga Allah meletakkan kita di bawah payung rahmat kasihNya…
Insya Allah…
7 comments:
hargai cinta anda
amin, semoga cinta sejati bakal ditemui buat diri kita
ameen...
Amin... Semoga doa nie menjadikan kita umat yang sentiasa menghargai cinta yang telah dikurniakan pada kita...
Sangat Puitis...
Insya Allah
ak... kawin jangan lupe jemput awin..
huhu
ameeennn..
Post a Comment