"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Tuesday, September 20, 2011

Selamat Bersara Buat Cikgu Awang Bujal

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Tatkala tadi aku berhijrah menjelajah blog gen2merah dan terbaca new entri beliau mengenai “Semoga berjumpa lagi à Cikgu Awang Bujal…” Hurmm macam aku penah dengar nama Cikgu Awang Bujal tu… Akhirnya aku teruskan membaca entri gen2merah tu memang benar… Memang aku penah dengar dan nampak empunya nama Cikgu Awang Bujal…

Tak ku sangka rupa-rupanya Cikgu Awang Bujal yang dimaksudkan ialah jiran sebelah rumah aku di Kampung Tepi Laut Menumbok ini…. Akhirnya beliau (Cikgu Awang Bujal) dah bersara… Dah lama tak berjumpa dengan beliau… Dulu beliau pernah mengajar di Sk Tanjong Aru dan isteri beliau Ustazah Faridah di Sk Pekan Menumbok….

Tanggal 20 September 2011 ini merupakan Hari Persaraan beliau di dalam dunia pendidikan.. Selamat Bersara buat Cikgu Awang.. Beliau mengajar di Sk Batu Payong tempat makcik saya mengajar dulu sebelum di pindahkan ke Sk Melugus Papar iaitu Marlina Abdullah.. dan pakcik saya Ak Omar Bin Pg. Hj Durahman dulu mengajar di Sk Bandar 2 Tawau…

Selain itu saya juga ucapkan Selamat Bersara buat bekas ustazah saya semasa di Sk Pekan Menumbok iaitu ustazah Faridah dan juga merupakan Isteri Cikgu Awang Bujal.. Akhirnya mereka dah bersara… tinggal saya dan rakan-rakan guru yang lain lagi, yang akan menyambung tugas sebagai guru untuk mendidik anak-anak bangsa kita…

Hurmm.. bila la Cikgu Awang Bujal dan Ustazah Faridah nak balik kampung halaman di Kampung Menumbok, Sabah ?......

Apa-apapun kredit buat gen2merah @ Cikgu Jumadil…. Hehehe..

Cikgu Awang Bujal
Ustazah Faridah

2 comments:

Ce'gu JAERA said...

tak sangka cikgu Awang ni berjiran dengan cikgu Johan.. ehehe.. Iya, Jumaat nanti beliau dan isteri bakal kembali ke kampung halaman mereka..

terima kasih cikgu Johan atas entri ini.. memang terasa sedih sangat2 pada majlis perpisahan pagi tadi... persaraan cikgu yang banyak menabur jasa pada sekolah ini...

semoga cikgu Awang dan cikgu Faridah dapat meneruskan kehidupan dengan lebih tenang pada masa yang mendatang..

Awangku Johan said...

@@Gen2Merah
Iya.. jiran sebelah rmh di kg... Ohh jumaat ni beliau blk kg halaman...

sama2... saya buat entri sbb beliau org kg saya.. n terkejut beliau dah pencen.. ingatkan masih menabur bakti pada anak2 bngsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...