"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Friday, September 9, 2011

Bahagialah Menjadi Orang Yang Hidup Dalam Islam

Ramai dari kalangan orang Islam itu sendiri apabila ditanya, anda banggakah menjadi seorang Islam ? Kebanyakan jawapan yang didengari, berbangga katanya. Malah dijawab dengan penuh semangat. Tapi lafaz kebanggaan itu pula tidak selari dengan amal perbuatan. Bila ditanya pula, anda cinta dengan peraturan Islam yang diturunkan oleh ALLAH Ta’ala ? Maka jawapan yang semangat itu tidak akan kedengaran, selalunya begitulah kan…..

Bangga mengaku dirinya Islam, tapi tidak mahu hidup seperti layaknya seorang Muslim sejati. Malah, yang dipuji dan dipuja pula adalah gaya hidup orang-orang kafir yang tidak meletakkan batas-batas tertentu di dalam diri mereka. Dibangga-banggakan, disanjung-sanjung, dipuja-puja, diagung-agungkan !!! Mana nilai Islam anda pada diri sendiri ? Mana lafaz kebanggaan tadi ??

Ada beza antara perjalanan gaya hidup Muslim dan orang kafir

Ada Peraturan & Perbezaan Antaranya :

Kehidupan orang Islam tidak boleh disamakan dengan kehidupan orang-orang kafir, kerana orang Islam itu mempunyai peraturan dan cara hidup yang telah digariskan oleh ALLAH Ta’ala dan telah diajar oleh Nabi S.A.W. Sebenarnya, orang Islam mempunyai pedoman dan panduan hidup yang jelas.

Al-Quran dan al-Hadis.

Namun, ada persoalan “femes” yang sering timbul. Kenapa umat Islam hari ini meninggalkan pedoaman hidup itu dengan sewenang-wenangnya sedangkan ia daripada ALLAH Ta’ala, bukan ciptaan manusia. Bukan juga dari tulisan manusia yang fikirannya lemah dan mustahil al-Quran itu boleh dicipta dan disusun dengan kelemahan yang ada.

Oh... Kebanyakan orang Islam itu sendiri akan teruja dengan benda-benda baru yang muncul, yang pada kaca mata mereka ialah ajaib dan luar biasa. Sedangkan keajaiban Islam dalam al-Quran itu sudah ada beratus-ratus ribu tahun dahulu.

Kenapa ya ? Sebab orang Islam tidak suka mengkaji !!

Malah, ada yang seakan-akan mengakui kewujudan dan kebesaran ALLAH Ta’ala apabila dengan izin ALLH, berlaku benda-benda yang bukan pada kebiasaan. Allahuakbar.

Antara Orang Islam & Orang Kafir :

Orang Islam yang berusaha mendapat tingkatan Mukmin itu sentiasa berusaha memperbaiki diri sendiri. Berusaha menjadi yang terbaik pada pandangan ALLAH Ta’ala. Mempercayai hari akhirat dan berusaha di dunia untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik di sana. Percaya pada kewujudan syurga dan neraka. Maka, dirinya berusaha mahu menghampiri syurga dan menjauhi neraka.

Manakala orang-orang kafir pula mengutamakan keseronokan hidup bersuka ria tanpa ada sekatan dan batasan, kebiasaannya. Mereka mengutamakan kehidupan di dunia dan tidak mempedulikan kehidupan di akhirat kelak walaupun mereka sendiri mempercayainya; wujudnya syurga dan neraka. Mereka tidak mempunyai pilihan lain kecuali menikmati kehidupan ini dengan sepuasnya kerana pegangan mereka sangat rapuh. Focus hanya pada keduniaan semata-mata !!

Bezanya antara Muslim dan Kafir.

Orang Muslim ada tujuan yang jelas. Membuat yang terbaik di dunia untuk ditebus di akhirat. Orang kafir, berseronok di dunia dan jarang mengambil kira keadaan yang bagaimanakah nanti mereka di akhirat kelak.

Maka, mana satu pilihan hati ???

Ganjaran ALLAH Bagi Mereka Yang Mahu


Saya kira, umum tahu… ALLAH Ta’ala akan memasukkan orang-orang yang beriman ke dalam syurga sebagai balasan di atas ketaatan dan amal soleh yang dilakukan semasa hidup berada di dunia. Begitulah juga ALLAH Ta’ala akan memberikan balasan kepada sesiapa yang tidak beriman yang hidupnya semasa di dunia hanya memikirkan dunia, dan tidak lebih dari itu. ALLAH Ta’ala berfirman ;

“Sesungguhnya ALLAH memasukkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Dan orang-orang kafir itu menikmati kesenangan di dunia dan mereka makan dan minum seperti binatang-binatang makan. Dan mereka adalah tempat tinggal mereka.” – Muhammad : 12

Kita sebenarnya, sudah cukup untuk tahu menilai dengan sebaik-baiknya, bahawa amat jauh bezanya antara kehidupan orang kafir dengan orang Islam.

Kehidupan yang indah adalah apabila kita mengamalkan ajaran Islam secara keseluruhan. Dan bukannya mengamalkan Islam itu hanya apabila kita suka sahaja !!

Sebenarnya, mahu ke syurga atau neraka, pilihan di tangan anda. Benar, hanya dengan rahmat ALLAH Ta’ala seseorang akan memasuki syurga. Dan ALLAH Maha Menilai pada hamba-Nya yang berusaha untuk itu, insyaAllah.

ALLAH Ta’ala tidak pernah tidur. Tidak buta. Dan tidak tuli !!!

Semoga ALLAH merahmati.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...