"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Sunday, September 25, 2011

Lawak 2 : Kisah Pelancong Taiwan Dan Pegawai Imigresen

Deng Xiaoping, seorang lelaki Taiwan yang sangat kaya tetapi tidak boleh berbahasa Inggeris tiba di lapangan terbang New York. Setelah memasuki ruang di imigresen ketika mengecop passport, seorang pegawai menanyakan beberapa soalan kepada lelaki tersebut untuk mengetahui tujuannya ke New York.

Pegawai Imigresen : “Apa nama terakhir Presiden Pertama kami ?”

Kerana tidak memahami bahasa Inggeris dengan baik, dia membuat andaian bahawa pegawai tersebut menanyakan nama keluarganya (surname). Lalu dia menjawab: “Wo xing Deng” (dibaca: wo sing Teng).

Pegawai itu mendengar “Washington! Lalu melanjutkan ke pertanyaan kedua.

“Apa tujuan kamu datang ke New York ?”

Fikirannya secara logic tentu pegawai tersebut bertanyakan namanya. Lalu lelaki Taiwan itu menjawab, “Xiaoping”. Pegawai itu dengar “Shopping”.

Soalan ketiga : “Apa kenderaan yang kamu guna di Taiwan ?”

Lelaki itu berfikir lagi, ditanyakan statusnya di Taiwan dan menjawab dalam bahasa Hokkien: “Bo bo”. (dalam Hokkien bererti: “Belum beristeri”).

Dan pegawai imigresen itu mendengar: “Volvo!”, lalu dia tersenyum dengan hormat dan bertanya lagi. Soalan keempat: “Siapa penyanyi pop yang paling terkenal di Amerika Syarikat ?”

Ketika itu lelaki Taiwan tersebut sudah mula tidak sabar dan bercakap kasar dalam bahasa Hokkien: “Mai Ko Cai Seng.” (bermaksud “Jangan main-main lagi dengan saya!”).

Hahahahahaa…. Lawaknya… macam ayam dengan itik…..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...