"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Saturday, September 3, 2011

Mana Penting Rakyat Miskin, Tambah Isteri....

Pokhing dengar khabar di Kelantan kerajaan negeri nak beri bantuan kepada lelaki yang nak tambah “cawangan” terutama jika nak berkahwin dengan ibu tunggal. Bentuk bantuan belum ditentukan sama ada dalam bentuk kewangan atau cara lain.

Alangkah bahagianya lelaki Kelantan, sudahlah dapat tambah bini, dapat bantuan pulak tu. Kepada suami di negeri lain tak jealous ke ?

Sejak isu itu disebarkan melalui media pelbagai polemik timbul di kalangan orang ramai, ada yang menyokong dan ada yang menghentam. Kepada kaum wanita pasti mereka menghentam habis-habisan manakala kepada kaum lelaki ada yang terdiam diri walaupun berminat dan ada yang terus terang menyokong.

Kepada Pokhing, dalam soal perkahwinan jangan jadikan alasan kononnya ramai ibu tunggal perlu bantuan dan juga untuk mengelakkan daripada berlakunya maksiat dalam masyarakat. Alangkah terdesaknya alasan berkenaan.

Dalam soal perkahwinan sama ada pertama kali atau kali seterusnya, pokok yang perlu difikirkan ialah kemampuan. Jika seseorang tidak mampu dari segi zahir dan batin mereka tidak diwajibkan berkahwin. Tidak berkahwin itu bukan satu dosa dan tidak masuk neraka sekiranya ada yang membujang sampai mati.

Perkahwinan dalam Islam adalah digalakkan atas beberapa perkara termasuk untuk menambahkan zuriat, mengelakkan daripada melakukan maksiat dan mengeratkan hubungan di antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain.

Pokhing tidak tahu tujuan sebenar Kerajaan Negeri Kelantan yang mengeluarkan isu berkenaan. Mungkin untuk memancing undi atau mereka yang mengeluarkan pendapat berkenaan ingin popular.

Memang tidak dapat dinafikan, membantu orang yang ingin mendirikan masjid sangat besar pahalanya dan digalakkan oleh Islam. Tetapi bagaimana selepas perkahwinan itu berlaku soal kebajikan zahir dan batin tidakkah juga diwajibkan oleh Islam.

Banyak sangatkah wang Kerajaan Negeri Kelantan untuk membiayai perkahwinan berkenaan. Atau pemerintah negeri Che Siti Wan Kembang itu sudah menjalankan tugas kebajikan sepenuhnya terhadap rakyat seperti air, bantuan persekolahan, kemiskinan dan lain-lain lagi.

Pokhing lebih suka melihat kerajaan Tuan Guru Nik Aziz. Lebih menumpukan kepada perkara yang lebih utama lain. Ramai berpendapat bantuan kepada suami untuk tambah isteri bukan suatu keutamaan.

Walaupun dalam banyak ceramah politik, kebanyakan pensyarah mengatakan Kelantan lebih baik daripada dulu, tetapi mereka tidak pernah menafikan masih ramai rakyat Kelantan yang miskin dan berada di bawah garis kemiskinan berbanding negeri-negeri lain.

Kalau dengan bantuak kepada lelaki untuk tambah isteri dapat mengeluarkan rakyat Kelantan daripada garis kemiskinan Pokhing sangat bersetuju. Tetapi jika ia hanya sekadar acah-acah penyedap mulut lebih baik tumpukan kepada persoalan lain yang masih banyak perlu dibuat.

Cuba kita tanya wanita negeri Kelantan, adakah mereka bersetuju cadangan Kerajaan Negeri Kelantan itu. Jangan tanya wanita Arqam kerana mereka lebih redha suami kahwin lebih daripada satu dan baru-baru ini ada satu pertubuhan buka persatuan isteri taat suami.

Pokhing yakin dariapda 10 wanita ditanya cadangan berkenaan pasti tidak ada seorang pun yang bersetuju, tetapi jika tanya lelaki sembilan daripada 10 akan bersetuju..

LINK

2 comments:

~Nana 귀여운~ said...

untung badan lelaki kelantan yang miskin nie yer..

azwa amani said...

wow...untunglah lelaki kelantan.. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...