"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Tuesday, September 20, 2011

Hemofilia, Penyakit Keturunan Bawa Maut

Adakah anda pernah mengalami luka kecil akibat terhiris pisau atau sebagainya, ia mungkin perkara yang biasa. Namun, jika ia berlaku pada penghidap Hemofilia, risiko kehilangan nyawa akan berlaku sekiranya tidak dirawat segera. Penyakit Hemofilia ialah sejenis penyakit keturunan yang menyebabkan darah pesakit sukar untuk membeku hingga mengakibatkan pendarahan teruk walaupun hanya mengalami luka kecil. Penyakit ini menyerang terutamanya pada kanak-kanak dan remaja lelaki. Hemofilia menyebabkan pendarahan spontan, khususnya dalam otot, sendi atau organ dalaman yang bukan sahaja menyebabkan kesakitan tetapi juga kerosakan teruk pada sendi. Paling teruk boleh menyebabkan kematian awal.

Terdiri dari Hemofilia A ( sedikit atau tidak mempunyai Faktor Pembekuan VIII ) dan Hemofilia B ( mempunyai sedikit atau tidak mempunyai Faktor Pembekuan IX ), penyakit ini boleh dirawat sekiranya mendapatkan rawatan yang betul dan pantas. Antara rawatannya ialah terapi asli pengantian FVIII melalui darah dan plasma yang memerlukan penjagaan rapi dari hospital, seterusnya langkah-langkah pencegahan seperti memakai kasut ketika berjalan di luar rumah dan sebagainya.

Di Malaysia juga turut ditubuhkan badan amal bagi para penghidap penyakit ini. Persatuan Hemofilia Malaysia ( The Hemophilia Society of Malaysia ) yang ditubuhkan sejak 1980 berfungsi untuk mempromosi kesedaran akan penyakit berisiko ini.

4 comments:

Amirah Adnan said...

kat wad hari tuh mira kne jage patient yg ade penyakit ni la.. hidung die tetibe berdarah.. cepat2 amek ice pack, pastu bg pressure kat hidung dye tuh..

Awangku Johan said...

@@Amirah Adnan
bahaya jg kan pyakit ni huhu

fadhli said...

Lawati website kami:
http://www.hsm.org.my

fadhli said...

Lawati website pertubuhan kami:
http://www.hsm.org.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...