Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda terjaga dari tidur pada keesokan harinya di sesuatu tempat lain. Contohnya di atas tangga mahupun di ruang dapur. Tidak logic sekiranya anda sememangnya mempunyai niat untuk tidur di situ. Sekiranya ia benar-benar terjadi kepada anda, ini bermaksud anda mengalami satu symptom iaitu tidur berjalan ataupun ‘sleep walking’. ‘Sleep walking’ juga dikenali dengan istilah somnambulism. Penyakit ini boleh menyerang sesiapa sahaja tidak mengira umur. Kajian juga membuktikan hampir 15% daripada bilangan kanak-kanak di seluruh dunia menghidap penyakit ini dan selebihnya adalah orang dewasa. Di antara punca-punca dikenalpasti menyumbang kepada masalah ini ialah masalah lelah, tertekan, demam yang tidak diubati, pengaruh alkohol dan mengalami keletihan yang teruk. Setakat ini masih belum ada rawatan khusus yang dijumpai bagi mengubati penyakit ini. Jika anda sering mengalami masalah ini, disarankan untuk melakukan terapi, mendapat rehat yang mencukupi dan lakukan senaman yang dapat membantu mengurangkan tekanan.
Sepatah Dua Kata Dari Admin
6 years ago
8 comments:
adik kite kekadang slalu gak jadi cam ni..huhu copy sket entry ni... :)tapi dah link kan ke blog ni
bahaya ni
kalau dok rumah flet
takut dia terjun ke bawah...hohoho
anak buah kawan kiwi jenis tidur berjalan. pernah sekali dia berjalan nak keluar rumah. nasib lah dia kecik lagi, tak sampai untuk buka kunci pintu yang tinggi tu
setakat ni saya tak pernah tidur berjalan..hihi.
@@misz sheyla
ok thanks yaaa
@@zarazueyin
kena pasang gril la ni
@@ kiwi
ahahaha
ank buah saya bgun3 berjalan last3 dia henti kat depan pintu terus bukak sluar n kencing hahahaa
@@afiqazizan
bagus laa..
tp kalau nk rasa pgalaman tdo bejalan blh jer hehe
Post a Comment