"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Sunday, June 5, 2011

Penyembelih BOSNIA Tidak Insaf

THE HAGUE, Belanda - Dia didakwa kerana membunuh 8,000 lelaki dan kanak-kanak Islam di bandar Srebrenica semasa Perang Bosnia pada 1992 hingga 1995 tetapi bekas jeneral Serb Bosnia, Ratko Mladic dengan tenang dan angkuh menjawab: "Saya hanya mempertahankan bangsa saya."

Malah, dia menyatakan tuduhan terhadapnya adalah menjelikkan dan tidak munasabah ketika dia dihadapkan ke Tribunal Jenayah Antarabangsa Untuk Bekas Yugoslavia (ICTY) di sini kelmarin.

Mladic, 69, yang dilabel 'Penyembelih Bosnia' kerana didakwa mendalangi pembunuhan 100,000 orang dalam jenayah paling kejam sejak Perang Dunia Kedua sebelum ini mendakwa dirinya sakit tenat.

Namun, bekas pemimpin tentera Serb-Bosnia itu nampak bersemangat semasa dia mengejek ibu-ibu yang kehilangan anak mereka dalam pembunuhan beramai-ramai di Srebrenica. Dia tampil di mahkamah ICTY dengan memakai sut gaya tentera yang dipadankan dengan tali leher hitam.

Seorang wanita yang berada di kamar mahkamah memandang ke arah Mladic dan membuat isyarat bahawa dia akan dihukum mati. Mladic bagaimanapun tersenyum sinis kepada wanita tersebut yang kehilangan anak lelakinya ditangan tentera pemimpin Serb-Bosnia itu pada Julai 1995.

"Seluruh dunia kenal siapa saya. Saya ialah Ratko Mladic. Saya mempertahankan bangsa saya, negara saya kini mempertahankan diri saya. Saya mahu hidup untuk melihat diri saya bebas," katanya.

Tiada sebarang pengakuan dibuat oleh Mladic dan dia memberitahu hakim bahawa dia tidak mahu mendengar tuduhan terhadapnya dibacakan. Selain pembunuhan beramai-ramai di Srebrenica, Mladic turut didakwa melakukan jenayah kemanusiaan semasa kepungan 44 bulan ke atas bandar Sarajevo yang menyebabkan 12,000 orang mati dibunuh tentera Serb Bosnia.

Mladic kemudian berkata, dia memerlukan masa sekitar dua bulan untuk meneliti segala tuduhan terhadapnya. Ketika dia meninggalkan kamar perbicaraan ICTY, Mladic sempat berpaling kepada keluarga dan saudara-mara mangsa pembunuhannya dan memberikan tabik hormat kepada mereka sambil tersenyum.

Dia kemudian diiringi ke penjara.

"Dia (Mladic) langsung tidak menyesal malah, dia masih boleh mengejek mahkamah," kata Ramiza Gurdic yang kehilangan suami dan dua anak lelakinya di tangan tentera Mladic.

"Dia mengambil masa cuma tiga hari untuk membunuh beribu-ribu penduduk Bosnia tetapi kini dia menyatakan dia memerlukan dua bulan untuk membaca tuduhan terhadapnya," tambah wanita itu.

Hakim menetapkan perbicaraan kes tersebut disambung semula pada 4 Julai depan. Mladic yang ditangkap di sebuah perkampungan di Serbia selepas diburu selama 16 tahun, diekstradisi ke ICTY pada Selasa lalu. - Agensi

kubur besar mangsa pembunuhan beramai-ramai

1 comment:

Syarmira Sakawi said...

err.. ade jugak org macam ni? sembelih orang tak insaf2..hish

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...