“Aku cinta padamu,”
Lafaz cintaku untuk siapa
Demi apa dan mengapa
Bermula dan berakhir di mana ?
Cintaku istimewa buat siapa ?
Pernahkah diriku memasang niat
Menyintai dia demi Dia Yang Esa ?
Andai tiada
Beringatlah sentiasa
“Syirik Cinta”
Juga menduakan Dia
Murkalah Dia kerananya
P/s : Tanpa sedar kita sebenarnya menduakan Tuhan dengan menyatakan cinta bukan kerana Dia (Allah SWT). Sebagai makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT dengan fungsi tubuh dan akal maka lengkaplah sifat kita mengikut ketentuan Allah. Persoalannya di sini, kita mencintai siapa sebenarnya ?? Maha Pencipta (Allah) atau hamba Allah (manusia) ?.... Jikalau benar cinta kita kepada dia, bagaimana pula dengan cinta kita kepada fitrah kita (kehendak lelaki kepada wanita, sementara wanita berkehendak kepada lelaki) ?.. Kedua, adakah fitrah mencintai seseorang itu kerana Allah semata-mata atau sekadar mengikut hawa nafsu kita kepada mereka ?... “Syirik Cinta” menjawab persoalan bahawa dalam tak sedar kita sebenarnya menduakan Allah SWT. Begitulah adanya……
3 comments:
itulah hakikat kehidupan tanpa kita sedar.
SaLaM ZiaRaH DaRi SiS... DaTaNG TeRJaH DaRi BLoG aBG BeN... NaK KoTaKaN JaNJi TuK ZiaRaH RaKaN2 BLoGGeRS!~ (^_____^)V
JoM MeRiaHKaN DooNia BLoG MaLaYSia!~ (^_____^)V
P/S : CiNTa PaDeR MaNuSia HaNYa SMeNTaRa... CiNTa PaDa YaNG eSa BKeKaLaN SeLaMaNYa...
sy hnya cinta orang yg dpt membimbing sy dunia & akhirat.... so, cinta ni tergolong dlm cinta apa?
Post a Comment