"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Tuesday, April 12, 2011

Tarian Poco-Poco Haram --> Mufti Perak

Dari dulu lagi saya merasakan pelik melihat tarian poco-poco ini.. Entah siapakah yang membawa budaya ini masuk ke Malaysia, tak pula diketahui. Kira main belasah je la.. Apa yang orang putih buat, dia pun buat. Yakni orang Melayu laa… Huhuhu.. Paling menyedihkan, ramai yang berjoget poco-poco ini adalah orang-orang yang berumur dengan rasa bangga tanpa ada rasa malu kepada masyarakat yang melihat (kerana ianya dilakukan secara terbuka).


Paling menyedihkan, selalunya kita akan melihat artikel atau cerita mengenai isteri yang lebih mementingkan poco-poconya daripada keluarga.. Biar anak tidak makan, asalkan tidak terlepas jadual untuk berpoco-poco beramai-ramai. Kalau nak kata menyihatkan, bertimbun lagi senaman lain yang lebih menyihatkan.. Jangan hanya menjurus kepada satu senaman sahaja… Pemikiran seperti ini memang dianggap pemikiran kolot… Sedihnya kita dengar kan kisah seperti ini sanggup mengabaikan tugas sebagai ibu lebih-lebih lagi sebagai isteri…


Tetapi cuba rakan-rakan bloggers melihat dan mendalami step atau gerakan poco-poco itu… Gerakan ke depan, belakang, kiri dan kanan… Bukan itu seperti gerakan pembentukan salib ?? huhu… Cuba anda perhatikan betul-betul…

Oleh itu… apa pulak pendapat anda ???

4 comments:

Ujang9897 said...

Mengenai hukum tarian “Poco-poco”, Bahagian Penyelidikan Aqidah JAKIM telah membuat penyelidikan mengenainya dan didapati tidak ada apa yang dilarang di dalam tarian tersebut. segala dakwaan adalah tiada kebenarannya. Ringkasnya, kita boleh melakukannya dengan alasan untuk senaman, dengan syarat menggunakan pakain yang menutup aurat, tidak bercampur di antara lelaki dan perempuan dan tidak dilakukan dengan cara yang keterlaluan (yang boleh mendatangkan fitnah). Wallahu 'alam..


- fatwa haram ke tak bukan dari negeri..kene meeting jumul ulama..

Khumaera Ismail aka Habibi Hamid said...

hurm..dlm islam ade ke bg kite joget2 camtu ea? maera tgk lebih2 kat event, mesti ade..takyah lah tunjukkn kt orang, malu..cucu-cucu tgk nenek2 berjoget..aduh...

DKosongLapan said...

awok sokong.....bukan bagoih pun....bercampo laki pompuan......

Shinbe Adzal Lee said...

- Setiap orang Islam diwajibkan meninggalkan setiap perkataan dan perbuatan yang mempunyai kesamaan dan penyerupaan terhadap amalan agama lain biarpun seseorang Muslim itu berniat baik untuk melakukan amalan tersebut atau ketika melakukannya;

- Nabi s.a.w memperingatkan umat Islam sentiasa mengelakkan diri dari melakukan perbuatan, tindakan dan perlakuan yang menyerupai orang kafir;

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...