"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Sunday, April 3, 2011

Kesibukan Menghimpit Diriku

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Apa khabar semua wahai rakan-rakan bloggers sekalian? Diharapkan semua sihat-sihat belaka…

Saya memohon maaf.. beberapa hari yang lepas saya tidak sempat nak update blog saya.. Apa tidaknya saya sibuk tuk persiapan padang dan balapan bagi Kejohanan Olahraga MSSM Peringkat Bahagian Selatan Negeri Sabah.. Yang terdiri daripada daerah Kuala Penyu, daerah Sipitang, daerah Beaufort dan Daerah Papar.. Sekolah saya menjadi tuan rumah tuk Kejohanan Olahraga ini nanti pada 5, 6, 7, dan 8 April ini…

Waima, disebabkan itu lah yang telah menyebabkan saya tidak sempat untuk meng ‘update’ blog saya ini… Sedih kan…!!. Tetapi semasa sukan itu berlangsung, saya pulak akan menghadiri temuduga untuk Sah Lantikan ke Jawatan Tetap DG41 pada 7 April.. Aduh… saya langsung belum prepare… Hanya ada masa membaca pada jam 12 tengah malam hingga 3 pagi.. Hanya itu sahaja masa saya study tiap-tiap hari…

Tiap-tiap malam saya akan bersengkang mata tuk membelek buku-buku mengenai Falsafah Pendidikan, Psikologi Pendidikan, Sosiologi Pendidikan dan Pedagogi Pendidikan.. Lebih-lebih lagi mengenai teori, saya kena memahaminya dengan lebih mendalam dan aplikasikannya dalam pendidikan seperti Teori Konstruktivisme, Teori Behaviourisme (Tingkah laku manusia), Teori Maslow (Keperluan), Teori Howard Gardner (Kecerdasan Pelbagai), Teori Bandura (Pembelajaran Sosial), Teori Mastery, Model Tyler, Aras Taksonomi...

Penatnya bukan alang kepalang.. Hanya Allah saja mengetahuinya… Semoga urusan saya dipermudahkan.. Lebih-lebih lagi temuduga itu nanti.. Diharapkan semuanya berjalan dengan lancar.. Amin…

4 comments:

Gen2Merah said...

waahhh.. fitnya masa ya cikgu.. mesti sibuk. Tapi don wori lah. saya dulu temuduga untuk lantikan tetap DG41 takda pun kena soal2 falsafah dan teori2 semua tu., banyak soal jawab pasal sekolah kita je.. hehehe..

Awangku Johan said...

yup cgu... mmg fit masa saya d sini.. nasib baik la rumah dekat jer.. hehe.. Bulan April ni la paling busy.. minggu ni sukan n jadi tuan rumah.. minggu dpn pulak Camping Induk Unit Beruniform, kemudian bulan april ni juga ada kem kepimpinan pengawas, PRS dan ketua2 tingkatan... Bulan April ini juga bermula minggu bahasa n saya jadi SU Program.. Minggu ni jugak ada lawatan dari Nazir.. seramai 24 org nazir akan berkampung.. so just tunggu depa la.. bila nak datang huhu...

AiTotYati said...

salam,

dulu masa Ai temuduga ni, hanya 2 soalan je yang ditanya:

1) introduce yourself
2) elaborate about your task in school.

soal-jawab memang in English.

Ai kena sesi pertama jam 8.00pagi dan Ai adalah orang pertama. tak dinafikan markah SKT itu sangat2 membantu. tu yg panel tak banyak soal tuh.

good luck ye

(^_^)

Awangku Johan said...

Wowww dalam English tu..
Kalau aku lemah ar ni dlm English ni.. haha..
Thanks yaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...