"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Tuesday, April 26, 2011

Gula vs Sijil Nikah


“Pakcik… beli gula sekilo”

“Boleh… sijil nikah ada”


Macam itu sekali kalau hendak beli gula di Terengganu, bayangkanlah… hari ini mungkin dia tanya sijil nikah.. esok lusa… entah sijil apa pulak yang dia minta… bukan hendak menginap di hotel pun.. sampai nak sijil nikah.. kalau di hotel itu wajiblah dia tanya… sebab hendak tahu muhrim ke atau tidak.. ini nak beli gula jer… gulaa….


So, maknanya yang belum kahwin atau orang bujang tidak boleh beli gula la yer… sampai macam itu sekali kekurangan gula kat Malaysia ini.. tapi bagi aku… kalau nak kawal pun agak-agak la… sijil nikah… album perkahwinan tak nak sekali ker… tak faham betul laaa…


Sejauh manakah Malaysia kekurangan gula.. dalam awal tahun ni.. kuantiti gula mencukupi tetapi tiba-tiba tak cukup… adakah ini teknik menaikkan harga gula… itu aku tak tahu la… seharusnya ada pihak yang bertanggungjawab yang boleh memberi penjelasan terhadap kekurangan barang-barang terkawal tersebut..

5 comments:

azwa amani said...

errmm,entah lah ak...

shichi_iza said...

biasa la 2 hal2 gula ni.... tapi ni dh kira parah bila start tnya sijil nikah...
patut brg terkawal perlukan pantauan tapi skrg ni apa2 yg jdi kat brg2 terkawal dh di pndng remeh.... yg sakit adalah golongan pertengahan klau bnda ni still juga cam 2....

THE LEKAT LEKIT STORY said...

wah sampai mcm tu skali. lunyai la kalau nak usung sijil nikah stp kali nak beli gula.. apapun cara mcm tu sgt la tak sesuai

fizah said...

ala kna kwin jwbnya ni..huhuhu

kemei said...

aik??mcm tu ke????wahh...kna mkn mknn tawar lah....kurangkan gula dlm mknn..tmbhkn manis dlm senyumn...huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...