BERPANTANG maut sebelum ajal. Begitulah pengalaman ngeri yang dialami oleh seorang pemuda dari
Mike Baird, 34, nyaris maut apabila seekor jerung berukuran 2 meter menyerangnya semasa dia sedang leka meluncur di atas permukaan air. Kejadian itu menyebabkan betis kanannya hampir putus dibaham jerung. Baird diheret sejauh 100 meter di dasar laut sebelum berjaya melepaskan dirinya dari gigitan jerung itu.
Mujurlah dia tidak panik dan
“Saya berasa mati hidup semula apabila trlepas dr mulut jerung. Mujurlah saya segera bertindak balas ke arah mata jerung itu, kalau tidak tak tahulah apa nak jadi,” kata Baird sebaik saja dibenarkan keluar dari hospital.
Sebelum ini, beberapa pengunjung pantai mati dibaham jerung sewaktu berenang dan bermain papan luncur air. Walaupun kejadian itu jarang berlaku, namun ia menimbulkan ketakutan di kalangan pengunjung pantai yang menjadi tumpuan pelancong.
Sebelum ini, Baird pernah datang tiga kali ke pantai itu untuk menyertai aktiviti papan luncur air yang menjadi kegemarannya sejak beberapa tahun lalu. Kejadian itu, kata Baird tidak mematahkan semangatnya untuk terus bermain papan luncur air. Pengalaman itu menjadikan dia lebih berhati-hati di masa akan datang.
“Inilah pengalaman pertama saya dibaham jerung. Ia tidak mematahkan semangat saya untuk bersukan. Pengalaman itu menjadikan saya lebih matang dan berhati-hati di masa hadapan,” ujarnya.
Akibat kecederaan itu, Baird diberikan rawatan kecemasan oleh sepasukan doktor pakar untuk menyambung semula betis kanannya yang hampir terkulai. Spnjang dua bulan, Baird terpaksa tinggal di hospital utk mendapatkan rawatan bagi membolehkan kaki kanannya benar-benar pulih.
Doktor James Sullivan, 46, yang merawat Baird berkata, Baird bernasib baik kerana dibaham di bahagian betis. Dia masih boleh berlawan dan bertindak balas. “Sekiranya jerung itu membaham paha atau pinggangnya, mungkin usahanya melepaskan diri dari cengkaman jerung itu tipis. Baird bernasib baik kerana jerung itu tidak menyerang di bahagian tersebut.
“Mujurlah Baird tidak panik dan segera bertindak balas. Kalau tidak mungkin dia sudah menjadi mangsa jerung,” ujarnya selepas memeriksa kaki Baird. Baird mengalami cedera parah di bahagian kaki kanan dan luka di bahagian tangan setelah bergelut dengan jerung itu. Tindakan pantas dia membelasah jerung itu membuatkan jerung tersebut terkejut dan melarikan diri.
Pantai Miami menjadi tumpuan pelancong asing yang datang ke situ untuk mandi-manda. Pantai ini dikatakan antara pantai paling selamat dari gangguan jerung. Bagaimanapun, dalam kejadian itu, pantai tersebut terpaksa ditutup buat sementara waktu bagi memastikan tidak ada gangguan dari jerung.
Setiap minggu 2,000 pengunjung datang ke pantai itu untuk bermandi-manda sambil menyertai beberapa aktiviti pantai yang dianjurkan oleh pihak penganjur.
2 comments:
As salam. Dalam satu dokumentari pasal jerung yang saya tengok, kes jerung menyerang manusia adalah disebabkan jerung tersebut tertipu dengan bayang-bayang peluncur dari bawah air. Kan masa peluncur berenang, dia akan meniarap di atas papan luncurnya dan mengayuh menggunakan tangan. Jadi, jerung yang berada di bawah air menyangkakan bayang-bayang peluncur tu adalah bayang-bayang anjing laut. Anjing laut adalah antara menu utama jerung.:-) Maaflah kalau saya silap.
klu sy lar mst dh panik..hehe
Post a Comment