Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Ceciter…. Ceciter….. Ceciter…
Haaa… nak citer la ni.. Tadi pagi jam 8 saya berada di Bangunan BSN Karamunsing Kota Kinabalu… Saya ke sini bukannya nak amik duit… Tetapi saya ke sini adalah untuk menghadiri Temu Duga Pelantikan Ke Jawatan Tetap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41….
Awal saya sampai di bangunan tu.. Kira-kira jam 7.45 pagi.. Sekali melangkah masuk ke bangunan itu memang rasa berdebar-debar.. Naik saja lif ke tingkat 3 memang dah ramai insan-insan yang akan di temu duga.. Tetapi yang ramainya itu adalah macam guru-guru yang dah berumur yakni guru-guru yang dah lama mengajar..
Saya di temu duga di bilik 3… Haaa.. Penemu duga di bilik 3 adalah sorang lelaki.. dan saya adalah kumpulan ke 3 yang akan di temu duga.. Rata-rata kami yang di temu duga ini adalah guru-guru dari kawasan Bahagian Beaufort… Jumpa la rakan-rakan yang mengajar di daerah yang sama iaitu Kuala Penyu… Memang berdebar-debar dan kita orang tak henti-henti membaca mengenai isu pendidikan… Lebih-lebih lagi suhu bangunan itu yang terlalu sejuk… Terketar-ketar jugak laaa… Huhuhu
Akhirnya pada jam 10 pagi giliran kumpulan saya di temu duga.. Seramai 3 orang tuk 1 kumpulan.. Sepatutnya 4 orang tapi menyebabkan bilik 3 ini hanya ada 13 orang yang akan di temu duga maka, kami dah diberi kumpulan.. Kumpulan 1; 4 orang, kumpulan 2; 3 orang, kumpulan 3; 3 orang dan kumpulan 4; 3 orang…. Akhirnya kami bertiga telah di temu duga bermula dengan perkenalkan diri anda.. Apa lagi saya perkenalkan diri saya dengan lebih detail haha.. termasuk status.. hehehe… Kemudian kami bertiga di soal mengenai Apa itu Sekolah? dan soalan terakhir Setujukah anda, Guru pada masa sekarang ini melahirkan pelajar yang tiada masa depan??.. Apa lagi kami satu kumpulan mengeluarkan segala pendapat dan hujah masing-masing… Akhirnya Tuan panel tu yang rungkaikan semuanya.. Baiknya beliau.. Harap-harap kami semua Lulus temu duga ini..
Apa yang kami baca mengenai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), NKRA, PIPP dan macam-macam lagi tidak di tanya semasa interview itu… Tetapi kami kaitkan la isu yang kami perdebatkan itu dengan NKRA dan PIPP begitu juga FPK… Alhamdulillah temu duga itu berakhir pada jam 11.20 pagi.. Masa temu duga yang lama iaitu 1 jam 20 minit.. Hehehehe.. Kami pun tak sedar masa dah 1 jam lebih.. Sebab terlalu asyik memberikan hujah dan pendapat… Kesian kumpulan terakhir tu menunggu giliran tuk di temu duga..
Apa-apapun diharapkan kami semua akan lulus temu duga SPP ini aminnn……
9 comments:
wow..caiyok2
thanks ujang wilcha.. hehehe
i'allah AK berjaya,...
amin.. harap2 gtu la kak
semoga dapat jawatan tu... jgn lupa berdoa minta dipermudahkan....
gudluck cikgu ^^
tahniah! :)
i'll be the same place on 18july for the same interview!...nervous meantime excited. :)
im unirazak student.
@@Eca Dwinky Asha
really.... now mengajar d mana dah ?
saya UPSI Student...
now mengajar d ex-skol saya d SMK Menumbok
Post a Comment