Pernahkah kalian di luar
Kalian bekerja di mana ? Soalan ini wajar ditanya kembali kepada kalian. Sekiranya saudara bekerja di jabatan pendaftaran negara, tambah lagi saudara berjawatan yang tinggi. Pasti saudara akan didatangi beberapa individu bersama barang yang dikatakan sebagai hadiah. Bukan itu berkepentingan namanya ? Pelik bukan (tak pelik pun), mengapa mereka (si tukang suap) tidak merujuk hal jabatan pendaftaran itu kepada si tukang potong rambut ? Kerana si tukang potong rambut tidak tahu, lagipun bukan bidangnya, dan si tukang potong rambut tidak mendatangkan apa-apa kebaikan lagi memenuhi permintaan mereka. Di sini jelas menunjukkan bahawa sekiranya kita tidak punya sebarang kepentingan di dalam sesebuah jabatan, jangan harap kita akan dipandang orang. Tetapi sekiranya ada, berkerumunlah mereka datang membawakan HADIAH segala macam. Rasuaj adalaj haram. Orang Islam tahu akan hukum haram pada babi, malangnya rasuah tetap mereka telan, rupanya tak salah seperti memakan babi yang haram. Terimalah……. “Rasuah Adalah Najis” istimewa buat mereka yang tergamak memakan suapan.
“RASUAH ADALAH NAJIS”
Rasuah adalah najis,
Najis ada warna, rasa dan bau,
Tak hilang warna, rasa dan bau
Bermakna hidung masih bisa terhidu.
Tuhan memberikan ganjaran,
Dikurniakan mereka neraka idaman,
Silih hari berganti minggu khutbah diperdengarkan,
Diberitahukan jangan ambil sebarang imbuhan,
Waima ia buah-buahan,
Atau teh tarik kedai mamak segelas secawan,
Kalau dah najis sanggup dimakan,
BABI pun pasti tergamak kautelan….
8 comments:
betul tu..rasuah sifat yang keji..singgah and follow u...
rasuah adala najis...najis adalah rasuah..:P
Saya anti rasuah..
jom kita sama2 hindari rasuah kerana rasuah punca bangsa kita akan runtuh.. HUHU
MySuaraBlog: Filem ROOMMATE
mudah2an lah kita dijauhkan daripada sifat jijik dan terkeji ini...
@@ www.fierapirot.bolgspot.com
yup..
thanks singgah dan follow nya
@@GiveAsh
hehehe
@@ZWAN SABRI
betul hindarilah rasuah itu.. biarpun ianya sekecil zarah
@@Gen2Merah
amin cgu
Post a Comment