"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Thursday, April 28, 2011

Mengapa Kebanyakan Piring ASTRO Menghadap Kiblat


*Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?


KENAPA BEGITU?


Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.


Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.


"Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke Marikh, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menghubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.


"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat. Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.


"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya.


Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.


Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini.


*Petikan dari email sahabat

30 comments:

NARDtheNERD said...

hmmmm. patutla.
:))

ayie said...

yela..tak terfikir pon

Ce'gu JAERA said...

wahhh, macam tu ya... baru plak saya tahu. terima kasih ya atas perkongsian ilmu bermanfaat ini

Awangku Johan said...

@@ NARDtheNERD
iya.. bgitu la alkisahnya.. moga mndapat manfaat

Unknown said...

armstrong in mars? really?

Awangku Johan said...

@@ayie
alhmdulillah.. moga mndapat manfaat yaa

Awangku Johan said...

@@Gen2Merah
hehehe.. ok welcome cgu

eiela said...

a'a la baru perasan. tak terfikir plak kan. nice sharing..

Latest Entri :
Hal Remeh Tapi Kena Ambil Serius

nur maisarah said...

wuu nak pindah mekah sekarang jugak. boleh cepat sihat dan panjang umur...

Blog User said...

Masyaallah. kagumnya peraturan Dia.

Farah Hanim Mohd Alwi said...

subhanallah ~ hebatnye ciptaan Sang Khaliq. =)

Unknown said...

MasyaAllah.betapa hebat kaabah tu ye

ewanthology said...

SubhanALLAH, tak pernah terfikir pun sebelum

nfatin said...

subhanallah..

baru tahu tentang info ni..
terima kasih atas perkongsian.. =)

shichi_iza said...

owhhhhh.... baru je tau...

Ayuni said...

maha besar Allah.....

WanFadhilah said...

terima kasih utk info ini. baru tahu.

Awangku Johan said...

@@ eiela
yup... it's ok

Awangku Johan said...

@@ | cik azeya |
jom berpindah.. kalau mampu hehe

Awangku Johan said...

@@ Rafidah Farhana
sntiasa mgagumi kebesarannya

Awangku Johan said...

@@Farah Hanim
ya.. tu kekuasaannya

Awangku Johan said...

@@delarocha
moga dapat sharing dgn mmber lain

Awangku Johan said...

@@ pena
smoga mdapat manfaat dr entry ni

Awangku Johan said...

@@ shichi_iza
sebarkan

Awangku Johan said...

@@Ayuni
Allahuakbar

Awangku Johan said...

@@WanFadhilah
sama2

japierah said...

tapi kite d perbodohkan oleh orientalis Barat. klu kte blajo geo, mereka kate pusat bumi kat len kan.

Allah Maha Besar. Subhanaallah.

Awangku Johan said...

@@ japierah
yup betul tu.. saya menjadi guru geo ini pun terpaksa ubah fakta yg d berikan oleh barat.. oleh itu, saya tidak mahu myesatkan anak2 didik saya..

azbisha said...

Salam Bro.. ini hasil eksperimen aku….Sebenarnya memang piring Astro langsung tidak menghadap Qiblat…bukan sesetengah tetapi secara teorinya memang semua tidak akan menghadap ke arah qiblat… artikel ini cuba merosakkan aqidah umah islam yg mana sudah ramai berqiblatkan arah astro apabila ke tempat yang tidak diketahui arah qiblat.. cuba lihat eksperimen aku di sini…
http://azaharishafie.blogspot.com/2011/10/piring-astro-tidak-menghadap-qiblat.html

azbisha said...

Sebenarnya memang piring Astro langsung tidak menghadap Qiblat...bukan sesetengah tetapi secara teorinya memang semua tidak akan menghadap ke arah qiblat... artikel ini cuba merosakkan aqidah umah islam yg mana sudah ramai berqiblatkan arah astro apabila ke tempat yang tidak diketahui arah qiblat.. cuba lihat eksperimen saya di sini...http://azaharishafie.blogspot.com/2011/10/piring-astro-tidak-menghadap-qiblat.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...