TROY POLAMALU memiliki rambut yang unik.
PITTSBURG, Amerika Syarikat - Seorang pemain bola sepak Amerika, Troy Polamalu berusia 29 tahun mendedahkan rahsia rambut uniknya yang memiliki nilai insurans sebanyak AS$1 juta (RM3.02 juta), lapor sebuah akhbar semalam.
Menurutnya, dia mula menyimpan rambut unik itu semasa di zaman pembelajarannya di kolej dan ia kini menjadi sebahagian daripada identitinya.
Polamalu berkata, semasa musim sukan bola sepak, dia syampu rambutnya selang sehari.
"Namun, semasa musim sukan itu berakhir, saya hanya membasuh rambut saya sekali seminggu tetapi saya menggunakan perapi rambut pada setiap hari," katanya.
Menurutnya, dia mempunyai rambut yang lebih panjang daripada isterinya.
"Isteri saya tidak terlalu gembira dengan rambut ini," katanya. - Agensi
4 comments:
adoi..... mampos tak layan!
style rmbt dia...
haha..giler ahh...
mak oiii.. tengok gambar rambut dia ni pun aku dah rasa sesak tak selesa.. apatah lagi memilinya.. selesa ka tidur dgn rambut camtu.. kang termakan kutu sendiri.. ngeee~
Post a Comment