"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Monday, August 15, 2011

Siapa Tanggung Dosa GOLDEN CHURN ???


Khusus untuk umat Islam ! Kalau anda tiada kemudahan akses kepada media cetak, elektronik atau media siber, nescaya memang saban bulanlah anda menjamah mentega yang dicampur dengan lemak babi.

Anda pasti tidak akan tahu tiada sesiapa yang ambil pusing untuk memberitahu anda tentang isu makanan yang dijual secara berleluasa di pasaraya dan kedai-kedai runcit yang sengaja dicemari dengan lemak babi.

Isu mentega berjenama GOLDEN CHURN yang mempunyai logo halal, telah didedahkan oleh Majlis Islam Sarawak sebagai mengandungi DNA babi ! Apa pula itu DNA babi ? Senang cakap, ia adalah lemak babi yang dihasilkan daripada tubuh babi dan haram untuk dimakan oleh umat Islam.

Persoalannya, cukupkah hanya setakat umumkan GOLDEN CHURN yang dikatakan stoknya telah banyak disimpan oleh pembuat kek Sarawak seawall 3 bulan yang lalu sebagai haram ? Cukup ?? Umum sahaja haram kemudian tiada apa-apa tindakan susulan dari segi pendakwaan ke atas pengeluarannya kerana jenayah memalsukan atau membohongi pengguna dengan meletakkan label “HALAL” di luar tin mentega tersebut.

Pemalsuan logo “HALAL” berlaku secara berleluasa, baik di restoran-restoran mahupun yang diletakkan dalam plastik bungkusan daging ‘ayam cucuk’. Saya cukup terkilan bila melihat ramai pengguna Islam ambil sikap tidak peduli ketika membeli daging ‘ayam cucuk’ di pasaraya yang ‘tukang cucuk’ nya dari keturunan OM (Orang Timur dari Indonesia).

Selagi tiada tindakan tegas dan peruntukan undang-undang yang keras bagi membendung gejala merosakkan ‘aqidah’ umat Islam melalui penjualan makanan haram yang dipalsukan sebagai halal ini, maka selama itulah umat Islam mesti percaya bahawa makanan yang membentuk daging badan kita ini juga mempunyai unsur-unsur haram.

Saya masih ingat amaran sepotong ayat al-Quran yang menegaskan bahawa, “daging umat Islam yang terbentuk daripada benda-benda haram, maka neraka jahanamlah yang layak baginya”… Wallahualam….

5 comments:

fRaMe+LenSeS said...

pihak berwajib sepatutnya amek tindakan tegas. ni nak masuk tv pn takut. T.T

nuyui a.k.a miss YUI said...

hmm,mcm2 skg ni..

Unknown said...

subhanallah..
di johor dari tahun lps dah dikluarkan surat menyatakan ianya haram..
jadi mmg produk nie tak diguna lagi

Bob Merley said...

diorang tak hebah sgt pon. tak kecoh sangat pon kat luar. ape nk jadi la ngan 1Malaysia ni?

Ummi said...

terkadang tak faham kenapa mesti di sorok lagi ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...