Sebelum Kamu Mengeluh …..
Hari ini sebelum kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik, fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali.
Sebelum kamu mengeluh tentang rasa dari makananmu, fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apa pun untuk dimakan.
Sebelum kamu mengeluh tidak punya apa-apa, fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan.
Sebelum kamu mengeluh bahawa kamu buruk, fikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum kamu mengeluh tentang suami atau isteri anda, fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu, fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kamu mengeluh tentang anak-anakmu, fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu yang kotor kerana pembantumu tidak mengerjakan tugasnya, fikirkan tentang orang-orang yang tinggal di jalanan.
Sebelum kamu mengeluh tentang jauhnya kamu telah memandu, fikirkan tentang seseorang yang menempuh jarak yang sama dengan berjalan.
Dan disaat kamu lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu, fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti anda.
Sebelum kamu menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa…..
2 comments:
nice one;)
http://hafizilmi.blogspot.com/2011/08/please-proud-to-be-blogger.html
nice..
Post a Comment