"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Monday, August 22, 2011

Bahaya Guna Telefon Bimbit Semasa Petir

Assalamualaikum dan salam sejahtera….

Semalam saya menggunakan telefon bimbit tuk berbual dengan rakan-rakan saya di dalam keadaan hujan lebat dan dalam keadaan petir sabung-menyabung.. Saya menggunakan earphone…Tetapi.. hari ini di dada akhbar ada menyatakan ada remaja perempuan maut akibat dipanah petir semasa menggunakan telefon bimbit… Alhamdulillah, aku bersyukur kepadaMU sebab masih memberi ku peluang tuk menghirup udaramu di Duniamu ini… Insyaallah, tak akan ku ulangi lagi hal seperti ini.. Biarpun ada panggilan penting semasa hujan lebat tak akan ku angkat… Huhuhu…

Ok… jom layan baca tentang kejadian ini.. Harap-harap ianya menjadi pengajaran lebih pada kita semua… (pengajarn buat diriku juga)….

Seorang remaja perempuan maut akibat dipanah petir, dipercayai ketika menggunakan telefon bimbit milik ibunya di sebuah bangsal berhampiran rumahnya di Kampung Belimbing dekat sini semalam.

Dalam kejadian pukul 5.50 petang itu, mangsa, Siti Munirah Nordin, 13, meninggal dunia di tempat kejadian dengan kesan terbakar di sebelah kanan muka, telinga, kepala dan punggungnya.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan sedang bercakap dengan seseorang menggunakan telefon tersebut ketika cuaca agak redup dan petir sedang berbunyi.

Remaja berkenaan hanya ditemui oleh abangnya, Mohd. Firdaus, 16, sudah meninggal dunia di bangsal kira-kira pukul 9 malam tadi.

Ini berikutan ahli keluarga mencarinya setelah tidak pulang ke rumah untuk berbuka puasa sejak keluar pukul 4.30 petang.

Menceritakan kejadian itu, ibu mangsa, Ronah Dollah, 49, berkata pada mulanya dia menyangka anaknya berbuka puasa di rumah rakannya yang terletak berhampiran rumah, namun terkejut apabila mendapat tahu anaknya tidak pergi ke situ.

“Sebelum kejadian, dia ada bercakap menggunakan telefon bimbit saya di dalam rumah. Kemudian saya menegurnya menyebabkan dia keluar dari rumah”.

“saya beritahu dia masih bersekolah dan tidak patut berbual lama-lama di telefon. Saya tidak tahu pula dengan siapa dia berbual,” katanya ketika ditemui di rumah bapanya di Kampung Manal hari ini.

Tambahnya, setelah mencarinya merata-rata dan bertanyakan kawannya, dia kemudian mencari anak keenam daripada tujuh beradik itu di bangsal tersebut.

Rosnah merupakan seorang ibu tunggal setelah kematian suami lima tahun lalu akibat sakit kencing manis. Dia kini menyara tujuh anak dan bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan pendapatan RM25 sehari.

Nota Kaki :- Telefon bimbit ini juga bahaga sebab ianya boleh menyebabkan Kanser…

5 comments:

mr_right said...

pernah bace tentang neh.. bahaya w0o><
nice sharing(:

http://hafizilmi.blogspot.com/2011/08/sambut-merdeka-ke-sambut-aidilfitri.html

iskandarzulkarnainshah said...

gunakanlah loud speaker...

Oh Oeya said...

Cuma kadang2 tak perasan dan terlupa erkk!!

Ticer Syah said...

adoi..kesian kan.. semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 beriman.. isk isk

mrs kayrul said...

bahayanya..takut plak bila baca kisah nie..lepas nie kena lebih berhati-hati la

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...