Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdullillah
Esok adalah hari terakhir kita berpuasa. Malam ini kemungkinan juga terawih terakhir untuk ramadhan kali ini. Saya risau, bimbang, ini ramadhan terakhir saya. Tetamu kita ramadhan ini bakal meninggalkan kita semua. Mahu tidak mahu, rela atau tidak, hakikatnya ramadhan pasti berlalu. Setakat mana madrasah ramadhan ini telah berjaya mentarbiyah kita. Adakah mampu untuk kita istiqamah dengan apa yang sudah dilakukan sepanjang ramadhan? Ya, keberjayaan kita mendapat dan merasai tarbiyah ramadhan adalah dengan melihat adakah mampu untuk kita istiqamah pada bulan-bulan berikutnya.
Ramadhan 30 hari telah kita lalui, dan hasilnya untuk kita gunakan pada bulan-bulan berikutnya. Demikianlah juga pahala yang merupakan projek paling besar. Untungnya sangat besar, jadi padanlah dengan menunggunya begitu lama iaitu selepas MATI baru mendapat hasilnya. Moga-moga kita terus dapat menuai hidayah iman di sepanjang kehidupan sampai ke saat ajal datang menjemput kelak. ameen.
Ya ALLAH, kurniakanlah aku benih hidayah dan cahaya keimanan.. AMINNN
2 comments:
aminnn Ya Allah....semoga kita dipandu OlehNya selalu...
Amin... Insyaallh Awin..
Post a Comment