"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Sunday, September 5, 2010

LCCT

Hari ni aku berada di LCCT.. aku tiba di LCCT jam 11.00 pagi.. Aku stay d LCCT shingga flightku pada esok hari jam 5 petang.. terlalu bersemangat nak balik Sabah.. hahaha..

Wah aku amat terkejut dengan perubahan LCCT.. dah berapa tahun aku tidak menaiki khidmat penerbangan Air Asia.. memang kagum ar dengan LCCT, macam2 ada..

Hari ini begitu ramai manusia berkumpul di LCCT, semuanya dengan satu tujuan iaitu nak balik raya.. Aku sempart berkenalan dengan abang yang berasal dari Surabaya.. Kesian, penerbangan abang tu delay.. spatutnya flightnya jam 6 pagi tadi tapi delay dan di tukar p jam 7.10 malam.. So berbual-bual dengan beliau sahaja.. Jam 6.00 petang tu beliau dan beberapa membernya pun pegi membuat check-in barang. So aku kembali sunyi tiada member nak berborak..

Lagi beberapa minit nak berbuka aku telah membeli juadah di KFC, just order ayam 2 ketul n air pepsi.. Alhamdulillah berbuka dengan KFC sahaja.. hehe sebenarnya best ar.. hahaha..

Selepas berbuka tu, ada la uncle mat salleh ini datang n menyelongkar barang-barangnya yang banyak tuk bersiap nak balik Australia.. Uncle tu datang Malaysia bersama dengan Ibu dan anaknya. Aku ternampak yang beliau telah membeli banyak barang iaitu Sabah Tea.. aku tertanya-tanya mesti uncle ini bercuti di Sabah.. So aku memberanikan diri tuk berspeaking dengan uncle tersebut.. Alhamdulillah rupanya uncle tu peramah, so perbualan kami panjang lebar, biar pun English aku x berapa power, so aku mampu membalas stiap patah dari mulut uncle tu.. Uncle tu bg tau dia bercuti di Malaysia ini selama 2 bulan.. Mula-mula dia bercuti ke Sri Lanka, n then baru pegi ke Kuala Lumpur, kemudian uncle tu p bercuti ke Sabah.. wah mcm-mcm pujian yg uncle lontarkan mgenai Sabah.. hehe.. kagum dgn negeriku Sabah.. dia kata nk datang bercuti lagi ke Sabah.. hehehe.. Kemudian uncle tu tanya sama ada saya masih study ke atau keje, so aku bg tau la baru hbs study n nak konvo, n then dia tnya lagi, flight bila, so aku bg tau kat dia yg flight aku esok (6/09/2010 - Isnin jam 5 pm)... Uncle tu terkejut coz aku amik masa lama tuk menunggu di LCCT dan tido d LCCT.... so uncle tu pun tnya barang byk tak???
so aku tunjukkan la Luggage aku kat troli yg kaku berdiri di hadapanku.. uncle tu lg terkejut, dia tnya knp x smpan barang kat peti simpanan.. aku bg tau kat dia so expensive.. uncle tu pun mengiyakannya.. pastu uncle tu suruh aku smpan barang aku kat peti simpanan sbb dia masih ada baki wang tuk peti simpanan tu, wah terlalu baiknya uncle ni nak tolong aku smpankan barang dlm peti.. dia bertekak dgn akak kaunter yg jaga barang tu coz peti tu atas nama uncle tu n tidak boleh di isi oleh org lain.. tekak begitu lama, last2 uncle tu bayarkan aku tuk smpan barang, katanya sbgai hadiah n perkenalan semasa berborak td.. huhuhu terharu aku dgr,,, aku aku mgucapkan thanks kat dia coz susah payah bantu aku, anak dia pun kata jgn risau smpan je dlam peti tu (dlm english).. so aku berterima kasih kat uncle, anak dia dan mak uncle tu coz bantu aku... tak sangka mat salleh ni rupanya baik dan peramah... n then lps tu aku dan ahli keluagra uncle tu pun bersalaman dan mgucapkan selamat jalan.. penerbangan uncle tu jam 10.30 pm ke Australia... aku doakan perjalanan uncle dan ahli kuarganya selamat tiba di Australia... sgt2 terharu dgn kebaikannya...

after that, aku pun jalan2 sendirian di ruang LCCT.. sangat boring so jalan2 jak la, baca2 majalah n then lastly aku pun surf tenet... n now aku sdg surf tenet dan membuat nukilan ini d Blog... hehee

so esok adalah penerbangan aku, harap2 semuanya berjalan lancar..
AMIN....



Awangku Masazwan
Airport LCCT
9.50 pm
5 Sept 2010..

1 comment:

azwa amani said...

perjalanan yang memberikan 1001 pengalaman....semoga gembira di sabah... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...