"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Thursday, December 30, 2010

BLOG 500 MENCARI HARTA KARUN : Soalan Penutup Harian


Bagi pandangan saya..

Bagi saya segmen yang abang Ben anjurkan sepanjang tahun semuanya best-best belaka.. Segmen-segmen yang dianjurkan adalah menjurus kepada keseronokan berblogging. Hehehe.. Hasil daripada segmen yang abng Ben anjurkan ini telah menyebabkan ramai di antara bloggers berkenalan antara satu sama lain di samping dapat meningkatkan traffic blog masing-masing. Semakin kerap saya mengikuti segmen yang abg Ben anjurkan ini semakin ramai kenalan Awang.. Begitu juga dengan traffic awang.. Biarpun tidak naik mendadak tapi itu sudah cukup memadai..bukan berdasarkan income semata-mata.. Oleh itu, diharapkan di tahun 2011 nanti blog abang Ben ni akan sentiasa menganjurkan pelbagai segmen tuk menjadi tatapan bloggers yang lain.. Hehehe.. Tahun depan wat lagi contest coz leh kita orang pening2 kpala cari jawapannya.. Hehehe

Cinta & Kasih Seorang Ayah



Ihsan dari Mr.Google



Beratnya untuk melepaskan dia pergi. Selama ini, tangan ini yang membelainya. Selama ini, hati ini yang selalu bimbangkannya. Sejak suara tangisnya yang pertama, sejak ku laungkan azan di telinganya, aku begitu mengasihinya. Ya, dia adalah permata hatiku. Namun, dia bukan selamanya milikku....


Rumah ini, cuma persinggahan dalam perjalanannya menuju kedewasaan. Dan kini sudah hampir masanya kau pergi. Walaupun di hatiku tercalar sedikit rasa pahit, tapi siapalah aku yg boleh menahan perjalanan waktu? Siapakah aku untuk menahan realiti kedewasaan? Maafkan aku wahai anak.... Bukan aku tidak tega, tetapi kerana terlalu cinta!


Hatiku tertanya-tanya, apakah ada insan lain yang boleh menjaganya sepenuh hati. Sejak bertatih, aku melihat jatuh bangunnya tanpa rasa letih. Siapakah yang membalut luka hatinya dalam kembara itu nanti? Aku jauh......bila segalanya bertukar tangan, amanah akan diserahkan. Aku tahu saat itu aku mesti mula melepaskan. Itu satu hakikat.


Cinta bukan bereti mengikat... tetapi melepaskan, membebaskan.


Kau umpama anak burung yang telah bersayap, telah mampu terbang membelah awan, meninggalkan sarang. Apakah aku terlalu dungu untuk terus membelenggu?

Puteriku... kau terpaksa ku lepaskan.... Apakah si dia mampu menyayanginya seperti aku? Ah, mengapa rasa curiga ini datang bertandang. Bukankah segalanya telah di putuskan sejak dia membisikkan bahawa hatinya telah diserahkan kepada 'si dia'- lelaki pilihannya? Bukankah segala perbincangan musim lalu telah terungkai dan keputusannya telah dimeterai?


Namun, hati ayah.. Hati abah.. pasti ada gundah. Sudah pasrah, tp diguris goyah. Bolak-balik hati ini wahai anak... terlalu laju untuk dipaku. Tepatkah plihanmu? Tepatkah keputusanku? Namun siapakah kita yang boleh membaca masa depan? Layakkah kita mengukur kesudahan di batas permulaan?


Sangka baik jadi penawar. Kau anak yang baik, insyaAllah pilihanmu juga baik. Tuhan tidak akan mengecewakanmu. Jodohmu telah ditentukan. Dan ketentuan Allah itu pasti ada kebaikan!

ihsan dari Mr.Google


Kekadang, aku diserbu seribu pertanyaan. Apakah aku masih di hatinya setelah dia bersuami nanti? Atau aku hanya akan menjadi tugu kenangan yang dijengah sekali-sekala?

Bukan, bukan aku membangkit, jauh sekali mengungkit...upayaku mendidikmu bukan suatu jasa. Itu hanya satu amanah.


Namun, ketika usia menjangkau senja, aku pasti semakin sepi......aku akan mengulang-ulang kisah lama yang penuh nostalgia. Diulit oleh kenangan indah musim lalu, ketika dia begitu manja di sisi. Aku ingin mendengar lagi suaranya yang dulu-dulu. Mengadu tentang ini dan itu. Bercerita dan berkisah, dengan lidahmu yang petah dan lagak yang penuh keletah.


Pergilah. Aku rela. Allah bersamamu.


Doaku mengiringi setiap langkah di alam rumah tanggamu nanti. Moga si dia akan menjaganya seperti aku menjaga ibunya, umminya.


Aku akan bersangka baik. Justeru Allah itu menurut sangkaan hamba-hamba-Nya. Aku bersangka baik, insyaAllah, dia dan aku akan mendapat yang terbaik.

Selamat Pagi - Khamis Menjelma Lagi



Inilah kampung saya



Assalamualaikum dan salam sejahtera semuaa..

Apa khabar semua rakan-rakan bloggers d pagi khamis ini.. Hurmm tadi Awang bangun awal bangat jam 5.20 pagi terus p solat subuh.. Selepas tu start jam 6 pagi p jogging dan workout laaa.. Hahaha…

Malam tadi tidur terlalu lena sangat-sangat, maybe disebabkan skuad pemain bola sepak kebangsaan menang kot.. sebab tu dpt tido lena.. hahaa. Eh tak laaa.. sebab semalam hari hujan so best la tido.. sebab tu lena.. hehehe… best woo sejuk…

Ok la, awang dah nak p mandi ni dan sarapan.. Huhuhu.. lama betul jogging dan workout.. hehehe.. minggu ni free la.. minggu depan dah buka skolah cnfirm banyak keje.. Huhu..

Ok semua majulah blog untuk negara.. mengarut tul aku ni hahaha…


PM Isytihar Jumaat Cuti Umum


PM DAH UMUM CUTI SEMPENA MALAYSIA JUARA PIALA AFF SUZUKI 2010 !!!.....Oleh itu, bergembiralah mereka yang bercuti hehehe..

Tapi, macam mana dengan negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah?? Kan hari Jumaat bagi 3 buah negeri itu cuti.. Hurrrmm.. tanya PM hehe

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan Jumaat ini (31 Disember) sebagai cuti umum sempena kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2010. - BERNAMA

-sumber : BHARIAN


Terima kasih, PM

Wednesday, December 29, 2010

Haaa.. BOMOH di Padang Bola!!!


Ada gaya jugak ya bomoh ni.. Meh masuk ujibakat Pilih Kasih.. Hahaha



Aduhhh lawaknya men guna bomoh-bomoh pulakkk…. Bajet nak cari populariti la ni bomoh ni.. Hahaha…

Tengok kuasa sapa yang hebat kuasa bomohhh??? Hurrmm.. bomoh pun manusia.. yang berkuasa tu Allah S.W.T… semangat berpasukan tu penting.. Kata Wonderpet.. Apa yang penting???? KERJASAMA…

Haaaa.. tu la yang penting kerjasama.. Ni men bomoh-bomoh ni tahyul dan khurafat dah ni.. dah menyekutukan Allah dah ni.. Huhuhu.. Taubat.. Taubat…

So, Malaysia menang bukan dengan laser….. Jugakk bukan dengan kuasa Bomoh… tapi menang dengan semangat pengorbanan, semangat perjuangan untuk negara tercinta serta sokongan daripada rakyat Malaysia.. Yeaaahhhh

Tahniah HARIMAU MALAYA




Pasukan Malaysia meraikan kejayaan gemilang merangkul Piala Suzuki AFF buat kali pertama selepas menewaskan Indonesia secara agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta di sini, Rabu. Foto AP.

Akhirnya MALAYSIA MENANG tuk julung-julung kalinyaaa.… Yeaahhhh.. Syabas buat pasukan Bola Sepak Malaysia menang dengan agregat 4-2 melawan Indonesia.. Biarpun tekanan menyelubungi pemain kebangsaan negara tetapi semangat yang kental telah menyebabkan mereka beroleh kejayaan…

Tahniah juga buat Safee Sali yang akan mendapat “Kasut Emas” kerana berjaya menjaringkan 5 sepakan gol sepanjang berlangsungnya perlawanan AFF Suzuki Cup 2010.. Kenduri sekampung la menyambut kedatangannya di kampung nnti.. hehehehe…

Tahniah juga buat Khairol Fahmi, penjaga gol kebangsaan kerana berusaha keras tuk menghalang kebocoran gol dari pihak lawan.. Biarpun perlawanan bersama Indonesia ini 2 kali bocor.. Apapun tahniah buat beliau…

Akhirnya, Indonesia akur dengan kekalahan mereka.. Tak pa, tahun depan cuba lagi.. hehehe.. Syabas buat kamu juga..

So, Apalagi yang boleh kita katakan bagi mereka semua, nampaknya permainan pemain kebangsaan negara kita semakin meningkat…

Apapun syabas dan tahniah

Penyokong memang kenduri tak sudah

Coach senyum sampai ke telinga

Menteri Sukan negara pun senyum bangga dengan kejayaan pemain kebangsaan negara kita

Moga kejayaan ini akan dikekalkan tuk tahun-tahun berikutnya…

Terhibur tak sudah....:)

Website RTM Digodam Indonesia, Salah Hack Rupanya! LOL!



UPDATE : Laman web rasmi RTM adalah RTM.Gov.my, bukan RTM.com.my. Biasa’lah, propaganda Indonesia.


Selepas website pelajar Malaysia, kali ini website yang kononnya milik RTM telah digodam oleh team hacker Indonesia yang dikenali sebagai ^s0n_g0ku^, beralamat email di mabuak[at]live.com.

Mesej mereka berbaur sentimen AFF Suzuki Cup berbunyi, “Loe Main Laser Gue Olang Main Server”. Nampaknya, penyokong Indonesia bersikap kebudak-budakan dengan melepaskan kemarahan secara hacking. Kemungkinan besar hacker ini berketurunan Minang apabila lagu latar yang dimainkan berjudul Ayam Den Lopeh.


Malangnya, niat hacker Indonesia ini tidak kesampaian apabila mereka salah hack website rasmi RTM, LOL!

Kredit tuk Ohbulan!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...