"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Tuesday, May 24, 2016

Blogku yang bersawang... Hahaha

Hari ni baru rasanya nak mengupdate kembali blogku yang dah lama bersarang… hehehe
entah la.. rasa nk fed up berblog
… tapi sayang pulak nk mengkebumikan blog awang ini…
so terasa hari ni nak menaip jer..
kalau dulu-dulu.. memang saya suka meng create something dalam blog… iyo laa tu jer tempat saya nk melepaskan amarah… kunun laa amarah hehehe…
mana sudah perginya blog abg ady budika.. blog sunah, blog kak mahh (dengan travellnya), blog abg ben kadang2 jer menjengah hehehe…
Maaf la kebelakangan ini busy memanjang jer..
apa tidaknya keje sebagai guru ni tak kurang dgn sibuknya huhuhu..
pagi saya mengajar d skolah….
petang sampai ke malam nya awang stay d asrama menjaga pelajar2 asrama.. alaa menjadi warden.. dah 5 tahun saya pegang tugas warden ni.. takda sapa pun nk mengganti huhuhu…
sekarang ni pun duk jaga exam dalam kelas… tu yg duk create entri ni hehehe… kejap lagi dah nk siap leh balik rumah..
petang ni ada pertandingan petanque..
lepas tu kita p buat latihan cardio with zumba ehheehe
ok la nti lagi awg create entri yaaa…
babai semua..


Tuesday, December 16, 2014

PERINGATAN tuk kaum ADAM



Tea atau Teh sudah dibuktikan baik untuk minuman antioksidan. Namun tidak selamanya pengambilan teh baik untuk kesihatan. Mungkin minuman yang biasa yang anda akan pilih untuk menemani semasa santai atau selepas makan. Segelas teh o ais/teh ais yang segar atau air putih ????

Sebuah kajian terbaru yang disiarkan Health News Daily, menuliskan risiko mengambil teh ais, yang ternyata dapat menyebabkan batu karang. Kajian ini dilakukan oleh Loyola University Medical Center. Mereka menjelaskan jika minuman teh yang disediakan sejuk mengandungi oksalat yang cukup tinggi.

Zat kimia yang menyebabkan pembentukan Kristal-kristal kecil yang terbentuk daripada mineral dan garam. Tidak hanya teh saja yang mengandungi oksalat, jenis makanan lain sepeti bayam, rhubarb colat dan kacang juga masuk dalam senarai makanan tinggi oksalat.

Walaupun Kristal ini tidak berbahaya, namun para penyelidik mengatakan jika pengumpulan Kristal mungkin terjadi. Ini akan mengganggu aliran urin dari ginjal ke pundi kencing dan akan menyebabkan rasa sakit yang teruk.


“Bagi orang yang mempunyai kecenderungan memiliki gangguan fungsi buah pinggang, teh ais adalah minuman paling tidak disyorkan,” papar Dr. John Milner, pembantu professor urologi di Universiti Loyola Chicago Stritch. 

Wednesday, December 10, 2014

Jom menghadiri Sembang Koperasi Bersama Pemimpin dan Masyarakat



Pagi ni awal betul bangun, jam 6.30 pagi dah bergegas ke kamar mandi... Kalau kebiasaan bangun pagi jam 10.00 pagi ke atas.. Biasalah musim cuti sekolah kan, jadi lewat sikit bangun laa...

Hari ni ada program "Sembang Koperasi Bersama Pemimpin Masyarakat" Peringkat Parlimen P.177 Beaufort.. Jadi saya sebagai setiausaha Persatuan Belia kena menghadiri program tersebut. Bukan setakat saya, semua ahli Persatuan Belia Sepakat Menumbok wajib menghadirinya..

Pelbagai aktiviti yang dianjurkan untuk pengunjung-pengunjung yang datang.. Bagi persatuan saya iaitu Persatuan Belia Sepakat Menumbok diberi tanggungjawab untuk menjalankan aktiviti Sukaneka untuk para-para pengunjung... 

Program ini dijangka selesai pada jam 2 petang.... Terpaksalah berkampung d Dewan ni sampai petang... 

Wednesday, December 3, 2014

Packing... Packing.... Esok Nak Belayar....


Awangku Johan… kau dah packing barang!!!! à haa tengok pabila hatiku berbicara suh packing barang..

Alkisahnya macam ini…. Esok aku nak belayar dah meninggalkan Sabah Tercinta ini… perghhh yer laa… Aku p Brunei jer… Esok bangun awal pagi p Terminal Feri.. Alaaa dekat jer terminal feri dari rumah aku tak sampai 5 minit jer pun…. Merangkak pun aku mampu p terminal… Amboiii hahaha…

Jadi esok pagi naik speed boat la dari terminal feri Menumbok ini ke Pulau Labuan.. So dari Labuan la saya akan beli tiket kapal laut ke Brunei.. Mungkin dalam jam 9 Kapal belayar ke Brunei…

Hurmm… Dah lama dah aku tak naik kapal laut ini.. Dulu masa kecik-kecik.. tiap-tiap tahun aku p Brunei bersama-sama arwah ibuku… tu kisah 18 tahun yang lalu.. perghhh jarak masa yang terlalu lama.. Masa kecik-kecik laa gembira pabila nak p Brunei… iyaa laa jumpa sanak saudara sepupu sepapat kann…

Ok, berbalik pada cerita… Tujuan utama ke Brunei ialah menghadiri Majlis Perkahwinan Sepupu aku.. ramai sanak-saudara sepupu sepapat dari Sabah akan menghadiri perkahwinan kazen aku ini pada 7 December ini…

Nahhh… barang-barang awang belum g siap packing.. duk layan blog dlu hehehe… Ok… nak sambung memacking barang dulu… amboi merosakkan bahasa… hahaha 

#Senyumtakperlukatapapakanawangkujohan

Sapa bagi Souvenir ni ???


Alhamdulillah dapat gift dari kazen Aku yang pulang dari Doha Qatar.. Perghh best sangat-sangat dia p Qatar bersama-sama Mak Mertuanya… Hurmm… bila la aku dapat Mak Mertua macam tu bawa menantu p Oversea gituw… yayyyyy…. Gigit jari kaki la jawabnya… hahahaha…

Apa-apapun Thanks ya My Kazen bagi souvenir dari Luar Negara…

Haa… kepada rakan-rakan blogger yang minat ke luar negara tu jangan lupa belikan kat Awang ni souvenir cukup la dengan fridge magnet… sebab awang ni suka buat koleksi… Terutama kat Kak Mahh tu… haaa jangan lupa souvenir tuk awang… p mana-mana ingatlah adikmu ini Awangku Johan ini hehehe…


Saturday, July 26, 2014

Baju Raya Tahun 2014



Tahun ini aku membeli 2 helai baju raya…

Dah 2 tahun saya tak menempah atau membeli baju raya.. Akhirnya, pada tahun ini aku membeli 2 helai baju raya.. Hahaha… Sebenarnya, mau mencari baju raya warna merah hati.. dengan perasaan hambar warna tu tiada.. huhu.. Mungkin habis stok…
Oleh itu, kaler biru dan kaler purple ini la yang mampu ku beli… Bukan apa kain baju melayu ini sedap tau dan tak merimaskan, apa tidaknya Adiputra Collection dan FizzFairuzz Collection tu.. cantik kan…


Sampin tu pulak saya beli kat kedai lain.. Saya kalau pakai baju Melayu mesti sedondon dengan warna samping… hehehe.. baru la menawan n Nampak segak serta kacak gitu…. 

Awwww….. hahahaha

Selamat Bercuti

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Rasanya terlalu lama dah tak update blog saya ini.. Maaflah disebabkan kesibukan yang melanda.. Sibuk dengan kerja-kerja sekolah serta tanggungjawab sebagai warden asrama… Memang penat menjadi warden.. perlukan persediaan dari segi mental, fizikal dan rohani..

Cuti sekolah telah pun bermula.. Oleh itu, kepada rakan-rakan guru selamat bercuti dan selamat menyambut hari raya aidilfitri… Buat anak-anak murid, jangan lupa buat kerja sekolah yang cikgu bagi… haha… Berhati-hati semasa bermain mercun jangan sampai membahayakan keselamatan diri… Kang tak pasal-pasal bukak skolah, macam2 hilang hehehe…


Ok la.. di sini dulu nukilan ini.. ada masa akan d update.. In shaa Allah

Tuesday, February 4, 2014

Wahai Wanita, Isteri dan Ibu Baca Ini


KONGSI : SEMPENA BULAN KESEDARAN KANSER. Ini satu mesej perkhidmatan awam dari Hospotal Kanser…

1. 56 orang wanita meninggal dunia kerana mereka menggunakan 1 pad tunggal untuk satu hari.

2. Memakai pad sepanjang hari adalah tak selamat kerana bahan kimia yang digunakan dalam tuala Ultra… yang menukarkan cecair ke gel.

3. Ia menyebabkan kanser di dalam pundi kencing dan rahim.

4. Jika masa penggunaan berpanjangan darah menjadi hijau dan kulat yang terbentuk masuk ke dalam rahim dan badan.

5. Oleh itu, sila cuba menggunakan pad yang diperbuat daripada kapas dan jika anda menggunakan pad ultra, tolong tukar dalam tempoh 5 jam sekali.

6. Tolong tidak berasa malu untuk menghantar mesej ini kepada wanita dan suami supaya mereka boleh berkongsi dengan isteri dan rakan-rakan tersayang.

7. Cuci bra setiap hari. Elakkan memakai bra berwarna hitam pada musim panas.

8. Jangan memakai bra semasa tidur.

9. Sentiasa tutup dada sepenuhnya dengan tudung atau selendang apabila berada di bawah pancaran sinaran matahari.

10. Sila guna Deodorant bukan Perspirant.

11. Hantar kepada semua wanita yang anda sayangi tanpa teragak-agak..

12. KESEDARAN itu PENTING


13. Sekadar Peringatan. Tak kira Lelaki atau Perempuan. Sebarkan untuk pengetahuan bersama

Haaaa.... Nombor Akaun CIMB dah berubah... !!!

Assalamualaikum w.b.t….

Alhamdulillah CIMB dah boleh guna sekarang…  lama juga tu nak tunggu boleh guna 31hb Januari sampai 3 Februari…  Baru-baru ini kan CIMB tengah upgrade sistem… Ada ura-ura mengatakan duit kita yang ada dalam CIMB tu kena transfer ke akaun lain… punya la aku kalut.. apa lagi aku p transfer dalam RM2500 ke akaun lain… takut duit aku hilang… hahaha




Jadi sekarang no.akaun CIMB sudah bertukar ke 10 digit berbanding 12-14 digit sebelum ini… Tapi no.akaun lama masih boleh detect lagi… J

Sesiapa yg ada CimbCliks boleh la cek kat “My Account” akan keluarlah nombor baru korang…


Harap-harap sistem CIMB lepas ini lebih cepat loading senang nak aku beli barang online… Kannnnnnnnn…. Hahahahaha… boleh la rolling money… perghh… hahahaha

Saturday, January 18, 2014

Ceritanya... Perjalanan Guru..!!

Ceritanya…
Semalam,
Ada mak bapak yang datang meradang,
Menghentak meja, bersuara lantang,
Meluah rasa menjeling pandang,
Kecik ati tak diundang,
Marah benar bila dibuang,
Macam amuk pemain bola dibuang padang..

Ceritanya…
Semalam,
Maruah cikgu diejek-ejek,
Dikata tak layak menjadi pendidik,
Ijazah yang ada sekadar dikelek,
Masa mengajar dipendek-pendek,
Pengalaman yang ada disukat cetek,
Telinga cikgu mendengar jelek,

Ceritanya…
Hari ini,
Ada murid yang datang lewat,
Sedangkan rumah duduknya dekat,
Cikgu pun tanya kenapa lewat,
Hari-hari lambat, ke mana solat?
Muka murid tersenyum kelat,
Otak murid berfikir ligat,
Nak gentar apa, cikgu tak boleh nak sebat,
Paling tak tulis nama dalam buku lewat,

Ceritanya…
Hari ini,
Ada cikgu mengajar di depan kelas,
Ada murid di belakang bersembang bebas,
Ada kerja untuk satu kelas,
Tapi yang siap tak sampai sebelas,
Marah cikgu berbekas-bekas,
Niat dihati mengajar ikhlas,
Yang rajin tiga belas,
Yang lain malas!

Ceritanya…
Esok-esok,
Result exam keluar,
Satu sekolah berdebar-debar,
Mak bapak tak sabar-sabar,
Mesti result anak aku bikin gempar,
Silap-silap masuk surat khabar,

Ceritanya…
Bila result mula diumumkan,
Anak dapat cukup-cukup makan,
Anak nangis mintak ehsan,
Bukan apa takut balik dirotan,
Anak dipujuk, cikgu disalahkan,
Konon cikgu tak berkelayakan,
Ilmu yang ada tak cukup padan,
Mak bapak melepas baran,
Anak aku bukan sebarangan,
Lahir dari keturunan tuan-tuan,
Patut dapat keputusan nombor One,

Ceritanya…
Hari ini,
Hati cikgu mendidih-didih,
Mak bapak tak tau berterima kasih,
Hati cikgu mana tak sedih,
Tapi cikgu hatinya jernih,
Marah pergi sejuk diraih,
Biar mak bapak makinya berbuih,
Nawaitu cikgu bersifat bersih,
Luhur hatinya tetap ditagih,
Hari ini, aku berterima kasih…
Pada guru yang berperit jerih,
Yang tak pernah letih,
Bukan wang ringgit yang cikgu ketagih,
Cukuplah sekada berterima kasih..


Friday, November 8, 2013

Taufan Haiyan Melanda Asia Tenggara


Hurmm… sekarang ini di Sabah semua heboh dengan TaufaN Haiyan… Bahagian Pantai Timur Sabah seperti Sandakan, Lahad Datu dan Tawau dalam keadaan berjaga-jaga tuk menghadapi tempias Taufan Haiyan ini.. Begitu juga dengan daerah Kudat…

Kapal-kapal dinasihati belayar menjauhi laut berhampiran pantai timur Sabah hingga Selasa depan, selepas taufan Haiyan melanda Filipina awal pagi Jumaat.

Pengarah Pusat Ramalan Cuaca, Jabatan Meteorologi, Muhammad Helmi Abdullah berkata Haiyan merupakan salah satu taufan terkuat dicatatkan dalam sejarah dan sangat berbahaya kepada kapal dan feri.

“Nasihat kami kepada kapal dan feri supaya menjauhi aktiviti di kawasan pantai timur Sabah.”

“Kapal besar mungkin boleh berhadapan dengan situasi angina kencang dan laut bergelora,” katanya kepada The Star.

 

Bagaimanapun, beliau berkata adalah sangat bahaya bagi kapal yang menghala ke arah utara Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) buat masa ini, hal ini kerana taufan Haiyan dijangka melanda ke arah barat Vietnam.

Muhammad berkata kesan daripada taufan berkenaan lebih bahaya daripada apa yang berlaku di kawasan Filipina.

Laporan Reuters, melaporkan taufan Haiyan yang melanda kepulauan tengah Filipina pada awal pagi Jumaat dengan kelajuan angin hingga 315 kilometer sejam dan ombak setinggi 5 meter.

Perkhidmatan feri, penerbangan dan aktiviti menangkap ikan turut digantung dengan ribuan penduduk terpaksa dipindahkan.

Sementara itu, laman web MetMalaysia melaporkan taufan Haiyan berada kira-kira 938 kilometer daripada Sandakan.

Ia melaporkan bahawa kelajuan angina 50 hingga 60 kilometer sejam dengan ombak setinggi 4.5 meter dijangka membadai kawasan pantai barat Sabah, Kudat, Sandakan dan Labuan.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini sangat berbahaya kepada semua kapal dan sebarang aktiviti laut termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” kata MetMalaysia.

Ia turut meningkatkan amaran rebut daripada “Kategori Petama” (berbahaya kepada bot kecil) kepada “Kategori Kedua”.

Alahai PBS..... !!!



Assalamualaikum dan selamat petang semua

Gerrrraaammmm nyerrrr….
Nak tau pasaipa saya geram…. Huhuhuhu


Hurmm pasal PBS Laaa……. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)… dengan harapan mau key in markah-markah Geografi Form 2 Usaha…. Hebat sangat yang membuat perisian PBS ini… Memang hebat sangat… Laman macam perfect… tp Ya Allah… punya lembap… bajet hebat la boleh keyin itu dan ini… tapi server macam @#$$%%^&&*% jer huhuhuhu…


Jangan la nak ikut-ikut Negara luar.. Berpijak la di bumi  yang nyata… Menyusahkan sangat laaa…. Banyak lagi kerja-kerja aku yang lain terbengkalai… huhuhu





Thursday, October 10, 2013

Bermulanya Program Pasca PMR 2013

Hari ini bermula dah persekolahan setelah cuti PMR berlalu begitu saja… Hari ini juga ada taklimat Program Pasca PMR khas tuk pelaja2 lepasan PMR… Pelbagai aktiviti disediakan khas tuk pelajar-pelajar lepasan PMR. Antaranya :-
M Pemulangan buku teks
M Gotong-royong kelas
M Jamuan Hari Raya Haji
M Ceramah Hari Raya Haji
M Pertandingan Kuiz
M Tayangan filem
M Ceramah bersama PDRM
M Pertandingan Senamrobik (khas tuk pelajar perempuan)
M Pertandingan Futsal (khas tuk pelajar lelaki)
M Pertandingan Bola Baling (lelaki & perempuan)
M Kem ibadat
M Pertandingan memasak


Harap-harap program ini berjalan dengan lancar… 

Saturday, October 5, 2013

Ceramah Teknik Menjawab Geografi SPM


Alhamdulillah selesai dah Ceramah untuk Teknik Menjawab Geografi SPM khas untuk pelajar-pelajar tingkatan 5KM1 di SMK Menumbok… Biarpun penat saya menjaga PMR di sekolah SMK St. Peter Bundu, Kuala Penyu belum lagi reda, atas dasar tanggungjawab saya harungi tuk menghadiri ceramah ini bersama-sama pelajar 5KM1.

Penceramah untuk Teknik Menjawab Geografi ini adalah anak jati Kampung Menumbok juga iaitu Norlyziah Binti Ali Hussein (Kak bibi). Beliau merupakan sepupu saya juga… hihihi… Kak bibi adalah Guru Cemerlang (GC) dalam subjek Geografi di SMK Sanzac Kota Kinabalu. Kak bibi juga merupakan JU negeri Sabah bagi subjek Geografi. Setiap tahun Ketua Bidang Kemanusiaan akan memanggil kak bibi tuk bagi ceramah mengenai teknik menjawab geografi… Banyak la input yang diperolehi oleh pelejar-pelajar seperti teknik menjawab, tackle soalan, dan macam-macam lagi…


Majlis berakhir pada jam 2 petang.. Kuharapkan apa yang disampaikan oleh penceramah tadi dapat membuka minda dan memberi 1001 semangat pelajar-pelajar 5KM1 untuk mendapat A+ dalam subjek Geografi.. Insyaallah amin…. 

Thursday, August 15, 2013

Edisi Raya


“Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit”, kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.

“Cantik isteri abang hari ini”, Ahmad mencubit pipi Julia lembut.

“Ayah, ayah, cepat la yah”, Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampong.

“Yelah, yelah, ayah dah siap ni.”

Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. “Abang, dah lama kita tak balik kampong macam ni, ye?”

“Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ini abang ada peluang untuk cuti panjang.” Ahmad berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Julia. “Tak sabar rasanya nak tiba kat kampong,” Ahmad berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera…. sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap pada ank dan isterinya yang sedang tidur.

“Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?” tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.

“Tak ada apa la sayang, rileks…. cepat sikit kita sampai kampong nanti.”

“Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa…. jangan laju sangat bang, Julia takut.” Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya.

“Rileks Julia, tak ada apa-apa,” Ahmad terus memotong bas ekspres didepannya tanpa was-was.

“Haaa… kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?” kata Ahmad setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.

“Sudah la tu bang.”

“Haa.. tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia aaa…” Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan….. di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan…… BANG!!!!...

“Julia…. bangun nak,” sayup-sayup terdengar suara emaknya.

Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. “Mana abang Ahmad mak? Macam mana dengan suami saya, mak? Liza, Linda….. mana anak-anak, mak?” Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat.

“Macam mana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?” Julia masih terus menangis.

PAANGGGGG!!!!!... Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?


“Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, asyik dok berangan saja, belajar pun malas, kerja pun tak mau, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni??? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni!! Dah!! Bangun pegi sembahyang!! Asar pun dah nak habis!!” emaknya terus merungut sambil berlalu keluar…… dan Julia tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut!!”

Tuesday, August 6, 2013

7 Amalan Di Pagi Hari Raya Aidil Fitri


Di hari mulia Syawal ini, umat Islam adalah amat digalakkan untuk:

i). Mandi Sunat Hari Raya sebelum keluar menunaikan solat Aidilfitri.
Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : “Tiga perkara sunnah di hari raya antaranya; mandi sunat sebelum keluar solat hari raya”.

ii). Menjamah makanan sebelum keluar.
Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari  yang menyebut: “Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya Idul Fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma…”

iii). Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun.
Seharusnya umat Islam jangan terlalu disibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain Kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar R.A keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

iv). Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain
Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah “Taqabballallahu minna wa minkum” ertinya: Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di bulan Ramadhan) kami dan kamu”.

v). Memakai pakaian terbaik yang ada
Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang diharamkan di dalam Islam).

vi). Menukar jalan ke tempat solat (pergi dan balik)
Ia berdasarkan hadith dari Jabir R.A yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya (Riwayat Al-Bukhari)

vii). Berziarah dan merapatkan hubungan baik (ukhuwah) sesama Muslim sempena Musim cuti yang diperolehi.

Nabi pernah bersabda ertinya : Barangsiapa yang suka untuk memperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya (Riwayat Al-Bukhari & Muslim). 

Muhasabah Ramadhan

Apakah aku merindui Ramadhan ?
Apakah bukti aku merindui Ramadhan ?
Apakah yang telah aku dapati setelah berpuluh-puluh tahun melalui Ramadhan ?
Apakah aku ini maksum sehingga membiarkan Ramadhan bulan maghfirah berlalu sahaja ?
Siapakah aku disisi Dia yang Maha Penyayang ?
Apakah aku tergolong hambaNya bersyukur ?

Dimanakah tempat akhir aku ?

Saturday, February 16, 2013

Renung-Renungkan...



Sebelum tidur saya amat tertarik dengan kata-kata Ustaz Azhar Idrus :-

“Nenek kita dulu sebelum subuh dah bangun. Atuk bangun solat Subuh sarapan dah siap. Isteri zaman sekarang Mas Kahwin Mahal tapi pukul 10 pagi tidur lagi”…

Renung-renungkan… Tepuk dada Tanya laa peribadi…

Oh Syurgaku....



<< Jadi PEREMPUAN jangan terlalu berkuasa daripada lelaki. Kerana walau apa yang terjadi, Syurga tetap dibawah tapak kaki suami. Jadi LELAKI walau Syurga isteri di bawah tapak kakimu, jangan terlalu bermegah diri. Walau sebesar mana pangkatmu, Syurgamu tetap dibawah tapak kaki IBU >>

Friday, February 15, 2013

Pahala Yang Sentiasa Mengalir




Pahala Sentiasa Mengalir
Walaupun dah meninggal dunia


1.    Yang mengajar ilmu yang dimanfaatkan
2.    Yang membuat sungai, sumur membekal air
3.    Yang menanam pokok kegunaan manusia
4.    Yang membantu (membina) rumah Allah
5.    Yang mengajar Al-Quran
6.    Yang mengeluarkan sedekah jariah
7.    Yang meninggalkan anak yang soleh
8.    Yang menjaga keselamatan negara
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...